Soalan Lazim
1. | S: | Apakah itu Dasar Pengasingan Sisa di Punca (PSP)? |
J: | Dasar Pengasingan Sisa di Punca adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menggalakkan pengasingan sisa di peringkat sumber (punca) oleh penduduk dan perniagaan. |
1A. | S: | Bagaimanakah kaedah (atau cara) mengasingkan Sisa di Punca (PSP)? |
J: | Sisa diasingkan kepada dua kategori sebagai permulaan iaitu: sisa baki dan sisa yang boleh dikitar semula. |
1B. | S: | Bagaimana sisa-sisa (baki dan yang boleh dikitar semula diasingkan? |
J: | Sisa baki iaitu sisa yang tidak boleh dikitar semula dimasukkan ke dalam tong (hijau) yang akan dikutipkan mengikut jadual kutipan kontraktor. Sisa yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, tin aluminium, kertas, tetra pack, dimasukkan ke dalam beg dan diletakkan di tepi tong sisa baki pada setiap hari Sabtu untuk dikutip oleh kontraktor Majlis (MBPP). |
1C. | S: | Apakah tiga langkah mudah mengasingkan sisa di punca? |
J: |
|
2. | S: | Bilakah jadual kutipan sisa kitar semula? |
J: | Bagi -perumahan bertanah setiap hari Sabtu oleh Majlis / Kontraktor Majlis. Kawasan kediaman bertingkat, perindustrian, komersial, kampung, kutipan oleh badan pengurusan (JMB) penungup kitar semula berlesen, diuruskan sendirir ke pusat kitar semula. |
3. | S: | Apakah contoh-contoh jenis sisa kitar semula? |
J: | Tin aluminium, besi, logam, botol plastik, bekas plastik, beg plastic, bekas makanan plastik, baldi plastik, kaca, kertas, surat khabar, kotak, majalah, kadboard, buku, dan lain-lain. |
4. | S: | Apakah itu sisa baki? |
J: | Sisa makanan seperti kulit buah-buahan, saying -sayuran kulit elur, nasi dan lain-lain. Sisa kotor seperti lampin pakai buang, tisu kotor, bahan-bahan kotor, kotak, kertas tercemar, dan lain-lain. |
5. | S: | Siapakah yang perlu dihubungi untuk maklumat lanjut? |
J: | Emel- jpp@mbpp.gov.my , No: 04-263 3000, atau eaduan@mbpp.gov.my |
6. | S: | Bilakah Dasar Pengasingan Sisa di Punca (PSP) dilancarkan di Pulau Pinang? |
J: | Dasar ini telah dilancarkan pada 1 Jun 2016 oleh Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng, di perkarangan Pintu masuk KOMTAR, Pulau Pinang. |
7. | S: | Apakah objektif utama Dasar Pengasingan Sisa di Punca? |
J: | Dasar ini adalah sebahagian daripada usaha Transformasi di bawah Dasar Pulau Pinang yang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat. Ia juga selaras dengan Local Agenda 21, yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan mesra demi kesejahteraan penduduk. |
8. | S: | Apakah kaedah yang diperkenalkan dalam Dasar Pengasingan Sisa di Punca (PSP)? |
J: | Kaedah “Trash to Treasure” telah diperkenalkan dalam dasar ini, yang menggalakkan penduduk untuk mengasingkan sisa mereka dan menukarkannya kepada sumber yang berharga. |
9. | S: | Apakah manfaat Dasar Pengasingan Sisa di Punca (PSP) kepada penduduk Pulau Pinang? |
J: | Dasar ini bertujuan untuk menggalakkan amalan pengasingan sisa yang lebih baik, mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, dan mempromosikan kitar semula. Ia juga menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih, hijau, dan sihat untuk penduduk Pulau Pinang. |
10. | S: | Bagaimanakah penduduk Pulau Pinang boleh terlibat dalam Dasar Pengasingan Sisa di Punca? |
J: | Penduduk Pulau Pinang boleh terlibat dalam dasar ini dengan mengasingkan sisa mereka di rumah atau di tempat kerja, menghantar sisa yang boleh dikitar semula ke pusat kitar semula, dan menyokong inisiatif-inisiatif yang berkaitan dengan pengasingan sisa yang dianjurkan oleh PBT dan kerajaan negeri. |
11. | S: | Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam mempromosikan Dasar Pengasingan Sisa di Punca (PSP)? |
J: | Kerajaan negeri telah mengadakan sesi lawatan dan taklimat ke sekolah-sekolah di seluruh Pulau Pinang untuk mendidik dan menggalakkan pelajar mengamalkan pengasingan sisa di punca. Pelajar dilihat sebagai pelapis yang bakal menjadikan amalan ini sebagai budaya harian hidup. Pelbagai program dibawah MBPP termasuk “Sesi Town Hall” berkenaan PSP. |
12. | S: | Bilakah sesi lawatan dan taklimat ke sekolah-sekolah bermula? |
J: | Sesi lawatan dan taklimat ke sekolah-sekolah telah bermula sejak 11 Februari 2024, dengan kunjungan ke SJK Yeok Hua Balik Pulau. |
13. | S: | Apakah jenis sekolah yang terlibat dalam sesi lawatan dan taklimat ini? |
J: |
Sesi lawatan dan taklimat ini melibatkan pelbagai jenis sekolah, termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), dan sekolah menengah kebangsaan. |
14. | S: | Bagaimanakah pelajar boleh memainkan peranan dalam menjayakan Dasar Pengasingan Sisa di Punca? |
J: | Pelajar boleh memainkan peranan penting dengan mengamalkan pengasingan sisa di rumah dan di sekolah, serta menggalakkan rakan-rakan dan ahli keluarga untuk turut serta dalam usaha ini. Mereka juga boleh menyebarkan kesedaran tentang kepentingan pengasingan sisa di kalangan masyarakat. |
15. | S: | Apakah manfaat jangka panjang pelaksanaan semula Dasar Pengasingan Sisa (PSP) di Punca? |
J: | Pelaksanaan semula dasar ini diharapkan dapat mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, meningkatkan kadar kitar semula, dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat untuk generasi masa kini dan akan datang di Pulau Pinang. |
16. | S: | Bagaimanakah masyarakat umum boleh menyokong usaha kerajaan negeri dalam melaksanakan semula Dasar Pengasingan Sisa di Punca? |
J: | Masyarakat umum boleh menyokong usaha ini dengan mengamalkan pengasingan sisa di rumah, tempat kerja, dan tempat awam, serta menggalakkan orang lain untuk berbuat demikian. Mereka juga boleh mengambil bahagian dalam program-program kesedaran dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan PBT berkaitan dengan pengasingan sisa dan kitar semula. |
17. | S: | Di manakah orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dasar Pengasingan Sisa di Punca dan pelaksanaan semulanya? |
J: | Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai dasar ini dan pelaksanaan semulanya melalui laman web rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang, laman web MBPP, serta media sosial rasmi agensi-agensi berkaitan. Mereka juga boleh menghubungi pejabat PBT masing-masing untuk pertanyaan atau maklum balas. |
Dikemaskini pada:3 Julai 2024
Kenyataan: Maklumat yang diberikan ini adalah berdasarkan data terkini daripada laman Direktori MAMPAN. Data ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan boleh diakses disini
Dikemaskini pada:3 Julai 2024
KATEGORI A. BAHAN YANG JARANG DIKITAR SEMULA |
||||||||||||||||||
A1 | S | Adakah bekas kaca boleh dikitar semula? Ke manakah saya boleh menghantarnya? | ||||||||||||||||
J | Hanya bekas gelas makanan dan minuman diterima oleh syarikat kitar semula. Anda boleh rujuk kepada pusat pengumpulan yang membuat kutipan khas seperti senarai di bawah. Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.
|
|||||||||||||||||
A2 | S | Adakah kotak minuman boleh dikitar semula? Ke manakah saya boleh menghantarnya? | ||||||||||||||||
J | Ya, boleh. Ia mengandungi 6 lapisan pelindung yang terdiri daripada 75% kertas, 20% plastik dan 5% aluminium. Untuk maklumat lanjut sila layari di SINI
|
|||||||||||||||||
A3 | S | Adakah styrofoam boleh dikitar semula? | ||||||||||||||||
J | Ya, boleh, styrofoam yang berada dalam keadaan bersih (seperti bekas pembungkus) boleh dikitar semula. Untuk maklumat lanjut sila layari di SINI
|
|||||||||||||||||
KATEGORI B. BAHAN YANG BOLEH DIGUNA SEMULA |
||||||||||||||||||
B1 | S | Di manakah saya boleh menghantar baju-baju dan aksesori yang tidak lagi diminati? | ||||||||||||||||
J | i. Berkeadaan baik: Kedai terpakai/kumpulan kebajikan (kedai KAWAN, The Salvation Army Penang Children’s Home, WCC Value Shop dan lain-lain)
ii. Pakaian lusuh : Kedai pakaian yang melancarkan program kitar semula*, contohnya: |
|||||||||||||||||
B2 | S | Ke manakah saya boleh menghantar barangan isi rumah untuk dikitar semula? | ||||||||||||||||
J | i. Berkeadaan baik : kedai terpakai/ kumpulan kebajikan (kedai KAWAN, The Salvation Army Penang Children’s Home, Eden Handicap Service Centre Berhad dan lain-lain)
ii. Berkeadaan tidak baik : Jika ia diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh dikitar semula, hantarkan ke pusat kitar semula. |
|||||||||||||||||
B3 | S | Ke manakah saya boleh menghantar bingkai cermin mata yang lama? | ||||||||||||||||
J | Anda boleh menghantarnya ke De Vince Optometrist | |||||||||||||||||
KATEGORI C. SISA MAKANAN |
||||||||||||||||||
C1 | S | Bagaimanakah sisa makanan harus diuruskan? | ||||||||||||||||
J | Sisa makanan yang telah bercampur (tidak boleh dimakan): Sisa makanan ini boleh dijadikan sebagai baja kompos, soil enhancer dan lain-lain. Anda boleh mencari pusat kitar semula di tapak kompos komuniti / tempat pengumpulan
Hubungi “Green Hero” untuk program lebihan makanan. |
|||||||||||||||||
C2 | S | Ke manakah saya boleh menghantar minyak masak yang telah digunakan? | ||||||||||||||||
J | Tempat pengumpulan berikut hanya mengumpul minyak masak terpakai (bukan minyak enjin) sahaja. Minyak ini akan diproses dan dijadikan biofuel.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di SINI
|
|||||||||||||||||
KATEGORI D. SISA ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ISI RUMAH/ SISA BERBAHAYA (BUANGAN BERJADUAL) |
||||||||||||||||||
D1 | S | Ke manakah saya boleh mengitar semula sisa elektrik dan elektronik (SW110) seperti komputer riba, TV, radio, peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain? | ||||||||||||||||
J | Sisa elektronik disenaraikan sebagai bahan buangan berjadual kod SW110 di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Berjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana ia menunjukkan ciri-ciri seperti kebolehbakaran, hakisan, kereaktifan dan ketoksikan.
Semua sisa elektronik boleh mendatangkan impak negative kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Oleh itu, ia memerlukan kaedah dan pengurusan pelupusan yang betul. Untuk senarai lengkap pengitar semula / pengumpul sisa elektronik, sila rujuk PAUTAN INI |
|||||||||||||||||
D2 | S | Bagaimana tiub pendarflour/ lampu kalimantang (SW109), bateri (SW103) harus diuruskan?*SW103 – Bateri yang mengandungi Kadmium dan Nikel atau Merkuri atau Litium
*SW109 – Sisa yang mengandungi Merkuri ataupun sebatiannya. |
||||||||||||||||
J | Buat sementara waktu ini, tiada undang-undang bagi memantau pembuangan sisa berbahaya dari sumber isi rumah di Malaysia. Pulau Pinang tidak mempunyai fasiliti untuk memproseskan sisa berbahaya. Maka, sila pastikan sisa ini dilupuskan di tempat pengumpulan khas disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Sila pastikan sisa-sisa berbahaya ini telah dibungkus sebelum dilupuskan: i. Tiub pendarflour/ lampu kalimantang (SW109): Sila bungkuskannya dengan menggunakan pembungkus asal/ surat khabar/ kertas. ii. Bateri (SW 103): Menggunakan pita pelekat (atau pita jenis lain) untuk melekat dan membalut kedua-dua terminal positif (+) dan negatif (-) bateri untuk mengelakkan persentuhan antara bateri |
|||||||||||||||||
KATEGORI E. SISA BAKI |
||||||||||||||||||
E1 | S | Adakah pembungkus berlapisan aluminium boleh dikitar semula? | ||||||||||||||||
J | Ia terdiri daripada aluminium dan plastic. Walaubagaimanapun, ia adalah tidak berkos efektif dan praktikal untuk mengitar semulanya. Maka, tiada syarikat kitar semula yang berminat menerima bahan ini. Terdapat kumpulan komuniti yang menggunakannya menjadi kraftangan/ produk seperti pemegang bekas minuman, bakul, dompet syiling dan lain-lain.
Anda juga boleh bermula dengan projek “Eco-brick” menggunakan jenis bahan ini melalui pautan ini: https://www.ecobricks.org/how/ |
|||||||||||||||||
KATEGORI F. SISA KEBUN/ TAMAN & SISA PUKAL |
||||||||||||||||||
F1 | S | Siapakah yang patut saya hubungi untuk mengutip sisa kebun/ taman seperti dahan pokok mati dan sisa pukal seperti perabot? | ||||||||||||||||
J | Sila hubungi:
|
*Maklumat yang diberikan ini hanya boleh digunapakai di Negeri Pulau Pinang sahaja.
1. Apakah perbezaan di antara piawaian ISO 14000 dan pensijilan Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang? Piawaian ISO 14000 dan pensijilan Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang berkongsi tujuan yang sama, iaitu membantu organisasi memelihara & memulihara alam sekitar, mengurangkan pencemaran dan meningkatkan kesedaran eko dalam semua aspek tempat kerja.
ISO 14000 menentukan skop Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS- Environmental Management System) organisasi, mengenalpasti aspek-aspek alam sekitar yang berkenaan dengan semua situasi dan keadaan operasi serta menjelaskan keperluan undang-undang dan lain-lain yang memohon kepada aspek-aspek alam sekitar organisasi.
Fokus utama kriteria penilaian pensijilan Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang adalah pada kawasan pejabat serta menyediakan garis panduan tindakan praktikal dan penyelesaian tentang bagaimana untuk menjadi “hijau”. Garis panduan ini meliputi 8 kriteria yang disebut (Pembelian Peralatan Pejabat & Alat Tulis berasaskan Prinsip Hijau, Pengurangan Pembaziran & Kitar Semula, Penjimatan Tenaga, Penjimatan Air, Kawalan Penggunaan Kertas, Kawalan Mesin Cetak, Fotokopi, Faks & Kartrij, Peningkatan Kualiti Udara Tertutup; dan Penglibatan Pekerja & Komuniti).
Oleh itu, perbezaannya adalah ISO 14000 memperkatakan piawaian; pensijilan Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang memperkatakan tindakan sebenar dan langkah praktikal yang diambil untuk menjadi hijau.
2. Jika organisasi saya mempunyai lebih daripada satu lokasi pejabat, adakah saya memasukkan data organisasi secara keseluruhan atau untuk setiap pejabat secara individu?
Penyertaan hendaklah dihantar secara berasingan untuk setiap lokasi pejabat.
3. Apakah kebaikan penyertaan?
- Sijil & Plak Pensijilan
- Hak untuk menggunakan logo Pejabat Hijau Pulau Pinang – ” Pejabat Hijau Pulau Pinang ” di atas letter head syarikat, iklan dan bahan-bahan publisiti lain
- Penyertaan dalam Majlis Penyampaian Sijil Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang
- Nama jabatan/ organisasi yang lulus dalam audit akan disiarkan dalam laman web PGC
- Iklan di Buletin Mutiara
4. Kami mempunyai beberapa pejabat yang terletak di dalam satu bangunan, adakah audit tersebut akan merangkumi semua pejabat?
Audit akan meliputi kawasan pejabat utama yang ditentukan oleh jumlah bilangan kakitangan dan ruang.
5. Bagaimanakah audit akan dijalankan? Apakah dokumentasi atau bukti yang perlu saya sediakan?
Juruaudit akan mempunyai satu salinan jawapan yang telah dihantarkan oleh pejabat anda kepada PGC. Semasa lawatan audit, juruaudit akan mengesahkah pematuhan anda melalui dokumentasi dan rekod.