Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang

Home / Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang
Makluman: Untuk mencegah penularan wabak COVID-19, Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang akan dilaksanakan secara digital pada tahun 2021 dari pendaftaran, penyerahan dokumen, pengauditan hingga majlis penyampaian hadiah. Semua guru dan pelajar yang mengambil bahagian disaran untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dari pihak kerajaan semasa menjalankan program hijau di sekolah.

Di bawah tajaan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Insentif Tadika Hijau  Pulau Pinang adalah program audit untuk semua tadika di Pulau Pinang. 10 tadika atau prasekolah terawal yang mendaftar akan mendapat tiket masuk ke KidsCEO Playland secara percuma.

Objektif

Untuk memupuk semangat cinta terhadap alam sekitar di kalangan kanak-kanak.

Untuk mendidik kanak-kanak tentang pemuliharaan sisa, air dan tenaga.

Kumpulan Sasar

Semua Prasekolah dan Tadika berlesen di Pulau Pinang.

Kriteria

  • Penjimatan tenaga elektrik
  • Pemuliharaan dan penjimatan air
  • Pengurusan sisa
  • Kebersihan & Penghijauan

Penilaian

Hanya tadika yang memperolehi markah tertinggi akan dipilih. Audit atas talian akan dijalankan atas tadika yang dipilih.

Prosedur Permohonan

Lengkapkan soal selidik melalui pendaftaran di bawah.

Anda akan dimaklumkan (melalui e-mel) jika tadika anda terpilih. Pemilihan adalah berdasarkan kedudukan markah tertinggi.

Pihak PGC akan menjalankan satu sesi audit dalam talian dengan tadika yang terpilih.

Tadika yang disahkan pensijilannya akan diumumkan di Facebook PGC pada bulan September 2021.

Audit dalam Talian

  • Sediakan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan seperti slaid pembentangan PowerPoint, video, gambar dan dokumen-dokumen berkaitan berdasarkan kriteria-kriteria dalam borang penilaian.
  • Semasa audit, guru boleh mewakili tadika untuk memaparkan penglibatan dan projek kanak-kanak dalam program Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, penglibatan murid-murid semasa audit dalam talian ini adalah digalakkan.
  • Anda juga boleh membentangkan program hijau atau rancangan masa depan tadika anda semasa sesi audit.

Hadiah & Garis Masa

Hadiah

10 prasekolah atau tadika yang memperolehi markah yang paling tinggi akan dihadiahkan insentif sebanyak RM500 dan sijil penyertaan.

Garis Masa

  • Februari: Pembukaan pendaftaran dalam talian
  • Mei: Penutupan pendaftaran dalam talian (31 Mei)
  • Jun: Proses audit (dalam talian)
  • September: Pengumuman pemenang
  • November: Majlis Penyampaian Hadiah Peringkat Negeri (dalam talian)

* Klik di SINI untuk melihat skema pemarkahan sebelum meneruskan penilaian

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 04-250 3322 atau emel ke [email protected].