Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang
Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang adalah program audit untuk semua prasekolah/tadika yang berlesen di Pulau Pinang. 15 prasekolah atau tadika yang memperolehi markah yang paling tinggi akan dihadiahkan insentif dan sijil penyertaan.
Objektif
Untuk memupuk semangat cinta terhadap alam sekitar di kalangan kanak-kanak.
Untuk mendidik kanak-kanak tentang pemuliharaan sisa, air dan tenaga.
Kumpulan Sasar
Semua Prasekolah dan Tadika berlesen di Pulau Pinang.
Kriteria
- Penjimatan tenaga elektrik
- Pemuliharaan dan penjimatan air
- Pengurusan sisa
- Kebersihan & Penghijauan
Penilaian
Hanya prasekolah/tadika yang memperolehi markah tertinggi akan dipilih. Audit atas talian akan dijalankan atas tadika yang dipilih.
Prosedur Permohonan
Lengkapkan soal selidik melalui pendaftaran di bawah.
Anda akan dimaklumkan (melalui e-mel) jika tadika anda terpilih. Pemilihan adalah berdasarkan kedudukan markah tertinggi.
Pihak PGC akan menjalankan satu sesi audit dalam talian dengan prasekolah/tadika yang terpilih.
Prasekolah/Tadika yang disahkan pensijilannya akan diumumkan di Facebook PGC pada bulan Oktober 2025.
Audit
- Sediakan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan seperti slaid pembentangan PowerPoint, video, gambar dan dokumen-dokumen berkaitan berdasarkan kriteria-kriteria dalam borang penilaian.
- Semasa audit, guru boleh mewakili prasekolah/tadika untuk memaparkan penglibatan dan projek kanak-kanak dalam program Insentif Tadika Hijau Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, penglibatan murid-murid semasa audit dalam talian ini adalah digalakkan.
- Anda juga boleh membentangkan program hijau atau rancangan masa depan prasekolah/tadika anda semasa sesi audit.
Hadiah & Garis Masa
Hadiah pemenang
15 prasekolah / tadika yang mempunyai markah yang paling tinggi akan menerima insentif seperti yang di bawah:
- 5 prasekolah / tadika teratas: sebanyak RM700 dan sijil penyertaan
- 10 prasekolah / tadika teratas seterusnya: sebanyak RM300 dan sijil penyertaan
- Penyertaan kali pertama: sebanyak RM100 dan sijil penyertaan (terhad kepada 10 prasekolah / tadika terawal sahaja)
Garis Masa
- Feb: Pembukaan pendaftaran dalam talian (25 Feb 2025)
- Julai: Penutupan pendaftaran dalam talian (31 Julai)
- Ogos: Audit dalam talian (15 prasekolah/tadika dengan markah yang tertinggi akan dipilih)
- September: Pengumuman pemenang melalui Facebook
- Februari – Mac 2026: Majlis Penyampaian Hadiah Peringkat Negeri
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 04-250 3322 atau emel ke info@pgc.com.my.



