Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang (ASH)

Home / Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang (ASH)
Makluman: Untuk mencegah penularan wabak COVID-19, Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang akan dilaksanakan secara digital pada tahun 2021 dari pendaftaran, penyerahan dokumen, pengauditan hingga majlis penyampaian hadiah. Semua guru dan pelajar yang mengambil bahagian disaran untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dari pihak kerajaan semasa menjalankan program hijau di sekolah.

Program Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang adalah program pengauditan alam sekitar tahunan untuk semua sekolah di Pulau Pinang (kecuali sekolah antarabangsa). Program ini telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2010 dengan kerjasama daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Objektif

  • Memupuk semangat cinta kepada alam sekitar bagi semua warga sekolah dan komuniti yang terlibat.
  • Mendidik pelajar dan masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Kumpulan Sasar

Semua sekolah rendah dan sekolah menengah di Pulau Pinang (kecuali sekolah antarabangsa)

Kriteria

  1. Kecekapan Sumber
  2. Inovasi dan Kreativiti
  3. Kebersihan dan Penghijauan
  4. Penglibatan Digital

Penilaian

Program Anugerah Sekolah Hijau akan dinilai pada dua peringkat, iaitu Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri. Pengauditan peringkat daerah dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan (MBPP & MBSP) di zon masing-masing dan audit peringkat negeri dijalankan oleh Penang Green Council.

Prosedur Pemohonan

  • Log masuk ke akaun sekolah anda. (Untuk pendaftaran kali pertama, sila buat pendaftaran akaun baru dengan menggunakan nama dan kod sekolah anda. Pendaftaran kali pertama akan menerima RM 300)
  • Lengkapkan borang penilaian selewat-lewatnya pada 21 Jun 2021.
  • Hantar pautan pelaporan video sebelum 30 September 2021.
  • Pihak berkuasa tempatan akan melakukan pengauditan peringkat Daerah (dalam talian) pada bulan September.
  • Sekiranya sekolah anda dipilih sebagai wakil untuk bertanding bagi anugerah tertentu, pengauditan peringkat Negeri (dalam talian) akan dilakukan oleh Penang Green Council dan para juri pada bulan Oktober.

Audit dalam Talian

  • Sediakan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan seperti  PowerPoint, video, gambar dan dokumen-dokumen berkaitan berdasarkan kriteria dalam borang penilaian.
  • Semasa audit, pelajar haruslah mewakili sekolah untuk memaparkan penglibatan dan projek mereka dalam Program Sekolah Hijau.
  • Program hijau atau rancangan masa depan juga boleh dibentangkan semasa audit.
  • Pengumuman pemenang bagi peringkat Daerah adalah pada bulan Oktober 2021 dan pengumuman pemenang bagi peringkat Negeri adalah pada bulan November 2021

Hadiah

  • Johan (Keseluruhan) – RM 5,000 & Sijil
  • Naib Johan – RM 3,000 & Sijil
  • Anugerah Khas (Kitar Semula) – RM 1,000 & Sijil
  • Anugerah Khas (Inovasi dan Kreativiti) – RM 1,000 & Sijil
  • Anugerah Khas (Kebersihan dan Penghijauan) – RM 1,500 & Sijil

Garis Masa

  • Februari:  Pembukaan pendaftaran dalam talian (1 Feb)
  • Mei: Penutupan sistem dalam talian (21 Jun)
  • Ogos : Tarikh tutup untuk penghantaran pautan video (30 Sept)
  • September : Audit dalam talian peringkat  Daerah (MBPP & MBSP)
  • Oktober: Audit dalam talian peringkat Negeri
  • November: Majlis Penyampaian Anugerah Green Pinang (GALA)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 04-250 3322 atau emel ke [email protected].