Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang (ASH)
Program Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang adalah program pengauditan alam sekitar tahunan untuk semua sekolah di Pulau Pinang (kecuali sekolah swasta). Program ini telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2010 dengan kerjasama daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Tujuan
- Memupuk semangat cinta kepada alam sekitar bagi semua warga sekolah dan komuniti yang terlibat.
- Mendidik pelajar dan masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Kumpulan Sasar
Semua sekolah rendah dan sekolah menengah di Pulau Pinang (kecuali sekolah antarabangsa)
Kriteria
- Kecekapan Sumber
- Inovasi dan Kreativiti
- Kebersihan dan Penghijauan
- Penglibatan Komuniti
Penilaian
Untuk tahun 2025, program anugerah akan memberi tumpuan kepada penilaian dan audit di peringkat Daerah, yang akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (MBPP & MBSP). Anugerah peringkat Negeri akan ditangguhkan buat sementara waktu.
Prosedur Pemohonan
- Layari laman web ini: http://www.pgc.com.my/PSG_assessment/login.php
- Log masuk ke akaun sekolah anda. (Untuk pendaftaran kali pertama, sila mendaftar akaun baru dengan menggunakan nama dan kod sekolah anda.)
- Lengkapkan borang penilaian selewat-lewatnya pada 31 Julai 2025.
- Pihak berkuasa tempatan akan melakukan pengauditan peringkat daerah bermula Ogos – September
Audit
- Sediakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan berdasarkan kriteria-kriteria dalam borang penilaian
- Semasa audit, pelajar haruslah mewakili sekolah untuk memaparkan penglibatan dan projek mereka dalam program sekolah hijau.
- Program hijau atau rancangan masa depan juga boleh dibentangkan semasa audit.
- Pengumuman pemenang bagi peringkat daerah akan diumumkan pada bulan Oktober 2025.
Garis Masa
- Feb: Pembukaan sistem pendaftaran dalam talian (6 Mar 2025)
- Julai: Penutupan pendaftaran sistem dalam talian (31 Julai 2025)
- Ogos – Oktober : Audit peringkat daerah (MBPP & MBSP) & Majlis Penyampaian Hadiah Peringkat Daerah



