Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang (ASH)
 

Pengumuman: Pendaftaran Sistem atas talian untuk menyertai ASH 2020 telahpun dibuka mulai 11/11/2019 hingga 30/5/2020. http://www.pgc.com.my/PSG_assessment/login.php

Pengenalan

Program Anugerah Sekolah Hijau Pulau Pinang adalah program pengauditan alam sekitar tahunan untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Pulau Pinang (kecuali sekolah antarabangsa). Program ini bertujuan untuk mendidik pelajar, guru dan juga komuniti tentang kepentingan pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar. Program ini telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2010 dan merupakan program kerjasama dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Sekolah yang terlibat dalam program ini mesti menanam amalan dan tabiat mesra alam berdasarkan 4 kriteria yang ditetapkan untuk program ini, iaitu:

(1) Kecekapan Sumber,

(2) Inovasi dan Kreativiti,

(3) Kebersihan dan Penghijauan, dan

(4) Penglibatan Masyarakat.

 

Penilaian

Program Anugerah Sekolah Hijau dinilai pada dua peringkat, iaitu Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri. Audit Peringkat Daerah dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan (MBPP & MBSP) di zon masing-masing dan audit Peringkat Negeri dijalankan oleh Penang Green Council.

Cara menyertai

Untuk pendaftaran kali pertama, sekolah perlulah mendaftar (http://www.pgc.com.my/PSG_assessment/login.php) dan menghantar penilaian yang lengkap melalui atas talian. Sekolah yang mendaftar sebelum ini boleh login menggunakan kata laluan lama dan nama pengguna yang lama. (Adalah digalakkan pihak sekolah untuk menggunakan nama sekolah dan kod sekolah masing-masing untuk nama pengguna dan kata laluan supaya tidak berlaku kesulitan apabila guru berpindah sekolah atau terlupa kata laluan).

Inisiatif alam sekitar yang diambil oleh pelajar dan sekolah kemudian dikumpulkan dan disampaikan oleh pelajar semasa sesi audit.

* Jika ingin melihat skema pemarkahan sebelum meneruskan penilaian, sila klik di sini

 

Hadiah Pemenang (Peringkat Negeri) – Ditaja oleh Penang Development Corporation