Poster Drawing Competition (No Single-use Plastic)
 

Pertandingan Melukis Poster "Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna"

Garis Panduan Borang Pendaftaran

Jom sertai sekarang!

Selaras dengan perlaksanaan Dasar Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna yang akan berkuatkuasa di Pulau Pinang mulai Januari 2019, PGC akan menganjurkan satu pertandingan melukis poster yang bertemakan "“ Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna”. Semua sekolah dijemput untuk menyertai pertandingan ini.

Objektif pertandingan:

  1. Untuk menggalakkan pelajar agar berfikiran kritis terhadap sisa-sisa yang kian meningkat di negeri Pulau Pinang.
  2. Untuk memupuk dan mendidik pelajar tentang kepentingan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dalam kehidupan seharian.
  3. Untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Dasar Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna yang bakal dilaksanakan di Pulau Pinang.

Wang tunai sejumlah RM 3,000 sedang menanti anda.

Penyertaan adalah percuma.

Sertai sekarang dan hantar poster kreatif anda sebelum 5 Oktober 2018. Ayuh!