Pengenalan Tanpa Beg Plastik Percuma
 

Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjalankan satu kaji selidik bersama enam kumpulan peneraju pasar raya/pasar raya besar di Pulau Pinang. Kaji selidik tersebut menunjukkan bahawa sebanyak 25.3 juta beg plastik atau 2.5 juta sebulan telah diedarkan pada tahun 2008 sahaja.

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh D Playground Events, yang mewakili kerajaan negeri, bagi tahun 2009 sahaja di Pulau Pinang, 74.86% daripada 1500 org responden berpendapat bahawa penggunaan beg plastik menjurus kepada masalah alam sekitar. 53% daripada mereka berpendapat bahawa pihak kerajaan sewajarnya mengharamkan penggunaan beg plastik. Sementara itu, 67% menyatakan kesudian mereka untuk membawa beg beli belah dan menggunakan beg plastik sampah (34%) ketika ke pasar raya, 33% sanggup membayar untuk mendapatkan beg plastik.

Sewaktu dialog konsultasi umum diadakan pada 19 April 2009, para perserta telah menemui kata sepakat "bertindak secara kumpulan dan individu, dan komited untuk tindakan yang segera dan positif".

  1. Menyokong usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik,dengan matlamat utama untuk meminimakan penggunaan beg plastik pakai buang secara berlebihan:

  2. Pengurusan dan pelupusan beg plastik yang betul;

  3. Menggalakkan penggunaan alternatif yang lebih mampan;

  4. Menyokong dan mengambil bahagian dalam kempen pendidikan dan kesedaran awam berkaitan penggunaan beg plastik yang betul;

"Sehubungan ini, kami berazam untuk bekerjasama dan menjadikan Pulau Pinang sebuah bandar yang bersih dan boleh didiami untuk semua penduduk, dan mengubahnya menjadi sebuah bandar antarabangsa yang menjadi lokasi pilihan untuk pelabur, pelancong dan pelawat.

Kami menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam usaha ini dan menyeru kepada sektor awam dan swasta, komuniti serta masyarakat awam untuk menyertai kami dalam usaha ini."

Pada 6 Julai 2009, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan untuk menerima pakai inisiatif tanpa beg plastik percuma seperti 42 buah negara dan bandar di seluruh dunia. Kempen "Tanpa Beg Plastik Percuma Setiap Hari Isnin" dilancarkan pada 6 Julai 2009, dengan jumlah penjimatan beg plastik sebanyak 1 juta dalam tempoh empat bulan.

Pada 1 Januari 2010, kerajaan negeri telah melanjutkan kepada "Tanpa Beg Plastik Pada Setiap Isnin, Selasa dan Rabu"

Pada 1 Januari 2011, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mencipta sejarah dengan melaksanakan peraturan "Tanpa Beg Plastik Percuma Setiap Hari". Peraturan ini diguna pakai oleh semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, cawangan makanan segera, restoran nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk stesen minyak).

Kerajaan negeri tidak mengenakan larangan sepenuhnya ke atas beg plastik. Pengguna boleh membeli beg plastik dengan harga 20 sen. Kerajaan negeri telah berunding bersama barisan pemegang amanah di Pulau Pinang seperti pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan sebagainya dari semasa ke semasa sejak tahun 2009. Lanjutan "Hari Tanpa Beg Plastik" kepada setiap hari adalah kata sepakat yang diperoleh dalam mesyuarat tersebut.

Dalam inisiatif ini, konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle) telah diperkenalkan. Kami telah mengedarkan beg beli belah percuma yang diperbuat daripada banner terpakai; sesetengah pengguna juga meletakkan beg plastik bersih dan dilipat di dalam saku mereka untuk digunakan semula.

Kutipan bayaran dari setiap beg plastik (20 sen) akan disalurkan kepada Dana Kemiskinan Tegar. Pengguna dapat menjimatkan 20 sen dengan membawa beg beli belah mereka sendiri. Kerajaan Persekutuan telah mencontohi pendekatan ini dalam kempen “Tanpa Beg Plastik Pada Setiap Sabtu” di seluruh Malaysia bermula Januari 2011.

Penguatkuasaan ini tidak dikenakan kepada penjaja dan peniaga kecil. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memahami bahawa rakyat memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan polisi baru ini. Jika kerajaan negeri tidak mengambil kira nasib pengeluar plastik, sudah tentu pengharaman sepenuhnya akan dilaksanakan seperti yang diminta oleh segelintir organisasi bukan kerajaan (NGO).

Maklum balas kami menunjukkan bahawa bermula dari Julai 2009-Jun 2011, negeri ini telah mencatatkan pengurangan penggunaan beg plastik sekurang kurangya sebanyak 33 juta beg plastik. Kebanyakan pasar raya/pasar raya besar atau kedai tunggal yang mengambil bahagian dalam kempen "Tanpa Beg Plastik Setiap Hari" telah menghentikan tempahan beg plastik bermula pertengahan 2010. Tidak ada perbandingan pada tahun 2010 dan 2011, jadi kami telah berhenti membuat pengiraan kerana dikhuatiri kiraan tersebut tidak akan tepat.

Sejak inisiatif hijau ini bermula, kami telah mendapati bahawa jumlah sisa buangan dapat dikurangkan kepada hampir 10%.

Pada 2005, sebanyak 696,743 tan metrik sisa buangan telah dilupuskan di Pulau Pinang. Jumlah sisa pelupasan telah berkurang kepada 645,019 tan metrik pada 2009 dan seterusnya mencatatkan lebih penurunan kepada 639,743 tan metrik pada 2010. Tahun ini, Pulau Pinang mencapai kadar kitar semula sebanyak 23.8% iaitu melebihi target yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan (22%) pada 2020. Ini bermakna kita telah mendahului sembilan tahun lebih awal dari yang dijangka.

KRONOLOGI DASAR TANPA BEG PLASTIK PERCUMA

Tarikh
Butiran
Lokasi
2009

13 Feb

Pengedaran surat jemputan Earth Day Dialogue ke sekolah, organisasi perniagaan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

 

18 Feb

Pengumpulan data dari enam kumpulan pasar raya/pasar raya besar utama di Pulau Pinang,

 

19 Apr

Konsultasi Umum—Earth Day Dialogue 2009: Plastic Bags: To ban, or not to ban?

Penceramah:

  1. Lim Kok Boon: Pengerusi Forum Plastik Malaysia (MPF)/ Presiden, Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA). Tajuk : Pengurusan Sisa dan Kitar Semula Plastik di Malaysia
  2. En Don Theseira (Komuniti 3Rs). Tajuk : Pengharaman pemberian beg plastik di semua kaunter pembayaran pasar raya.
  3. Dr Lee Lik Meng : Penyelaras Projek Kampus Sejahtera, USM. Tajuk : Pilihan Gaya Hidup Hijau
  4. Cik Hatijah Hashim : Penyelidik, CAP. Tajuk: Kesan Beg Plastik kepada Kesihatan dan Alam Sekitar

Dewan Bosch, Pertubuhan Penyayang

19 Apr

Kaji selidik awam melibatkan 1500 orang responden oleh D. Playground Events

 

18 Mei

Mesyuarat bersama pasar raya/pasar raya besar (Pengerusi : YB Phee Boon Poh)

KOMTAR

2 Jun

Mesyuarat bersama pasar raya/pasar raya besar (Pengerusi : YB Phee Boon Poh)

KOMTAR

5 Jun- Hari Alam Sekitar Sedunia

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng mengumumkan kempen Tanpa Beg Plastik Pada Setiap Hari Isnin akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2009.

KOMTAR

15 Jun

Mesyuarat bersama wakil dari Persatuan Kedai Runcit Pulau Pinang

KOMTAR

16 Jun

Mesyuarat bersama pasar raya/pasar raya besar (Pengerusi : YB Phee Boon Poh)

KOMTAR

3 Julai

Pelancaran lagu tema kempen "Change-A tribute to the environment", penyanyi : Jzelynn

G Spot, G Hotel Penang

4 Julai

Pelancaran rasmi Tanpa Beg Plastik Pada Setiap Isnin

Sunshine Farlim

5 Julai

Pelancaran Tanpa Beg Plastik Pada Setiap Isnin

Tesco Extra Seberang Jaya

13 Julai

Penerimaan memorandum dari Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (cawangan utara)

 

19 Julai

Pelancaran Tanpa Beg Plastik Pada Setiap Isnin

Giant Bayan Baru

23 Julai

Surat kepada Persatuan Bank Malaysia (cawangan Pulau Pinang)

 

14 Ogos

Pelancaran Beg Banner terpakai oleh YB Phee Boon Poh

 

10 Sep

Mesyuarat bersama pasar raya/pasar raya besar

 

5 Nov

Surat rasmi kepada Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang

 

26 Nov

Surat rasmi kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF)

 

30 Nov

Surat permohonan kepada operator pawagam untuk memaparkan iklan di dalam pawagam berdurasi 10 saat.

 

9 Okt

Pengumuman dari Ketua Menteri Pulau Pinang : Berdasarkan daripada data yang diperoleh dari 11 buah pasar raya/pasar raya besar dan peruncit mendapati bahawa bermula 6 Julai hingga 30 Sept 2009, 580,000 beg plastik berjaya dijimatkan oleh warga Pulau Pinang pada kempen tersebut.

KOMTAR

23 Okt

Mesyuarat bersama pasar raya/pasar raya besar (Pengerusi : YB Phee Boon Poh)

 

1 Nov

Mesyuarat bersama pasar raya/pasar raya besar (Pengerusi : Ketua Menteri)

28th floor

21 Nov

Kempen Go Green – Pengumuman dari Ketua Menteri Pulau Pinang : Berdasarkan daripada data yang diperoleh dari 45 buah pasar raya/pasar raya besar dan peruncit , anggaran jumlah beg plastik yang dijimatkan dalam masa empat bulan adalah melebihi satu juta.

Queensbay Mall

26 Nov

Mesyuarat bersama pemegang amanah (Pengerusi : Ketua Menteri)

 

27 Nov

Ketua Menteri Pulau Pinang membuat pengumuman bahawa Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk melanjutkan kempen Hari Tanpa Beg Plastik kepada tiga hari seminggu di semua pasar raya, pasar raya besar, kedai rantaian dan francais, kedai dan firma professional bermula 1 Jan 2010. Tiga hari tersebut adalah Isnin, Selasa dan Rabu. Beg plastik akan dicaj sebanyak 20 sen untuk tiga hari tersebut. Semua kedai runcit tunggal juga dikehendaki untuk mengambil bahagian namun hanya untuk tempoh satu hari seminggu sahaja (Isnin).

 

1 Dis

Kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem (LPF)

 

22 Dis

Mesyuarat bersama pihak berkuasa (Penasihat Undang-Undang, pegawai perubatan, kerajaan tempatan) berkaitan dengan lanjutan Hari Tanpa Beg Plastik.

 

30 Dis

Mesyuarat bersama pemegang amanah

 
2010

1 Jan

MPPP telah mengenakan syarat khusus untuk pembaharuan lesen perniagaan dibawah Seksyen 107 (2), Akta Kerajaan Tempatan 1976

 

2 Jan

Pelancaran rasmi Tanpa Beg Plastik Pada Setiap Isnin, Selasa dan Rabu

KOMTAR Walk

5 Jan

Pelancaran rasmi Tanpa Beg Plastik Pada Setiap Isnin, Selasa dan Rabu

Giant Bayan Baru

6 Jan

Mesyuarat bersama pihak berkuasa (Penasihat Undang-Undang, pegawai perubatan, kerajaan tempatan, jabatan perlesenan) berkaitan dengan lanjutan Hari Tanpa Beg Plastik (Pengerusi : Ketua Menteri Pulau Pinang)

KOMTAR

7 Okt

Mesyuarat bersama pasar raya/pasar raya besar (Pengerusi: YB Phee Boon Poh

KOMTAR

1 Nov

Mesyuarat bersama pasar raya/pasar raya besar (Pengerusi: Ketua Menteri)

KOMTAR

8 Dis

Yayasan CIMB meluluskan RM 400,000 untuk LA21 MPSP menjalankan projek Tanpa Beg Plastik Percuma.

 
2011

1 Jan

Kerajaan tempatan telah mengenakan syarat khusus untuk pembaharuan lesen perniagaan dibawah Seksyen 107 (2), Akta Kerajaan Tempatan 1976. Syarat khusus tersebut diaplikasi kepada semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, restoran nasi kandar dan kedai serbaguna (termasuk stesen minyak).

 

15 Jan

Pelancaran rasmi kempen Hari-Hari Tanpa Beg Plastik.

Gurney Plaza

24 Jan

Pelancaran rasmi kempen Hari-Hari Tanpa Beg Plastik.

Tesco Sungai Dua

2016

12 Okt

Tinjauan Inisiatif Tanpa Beg Plastik Percuma bersama MBPP,MPSP. Permulaan kempen Tanpa Beg Plastik 2.0

 
2017

6 Mac

Sesi dialog bersama pemegang amanah berkenaan kempen Tanpa Beg Plastik 2.0

Auditorium A, KOMTAR

8 Mac

Sesi dialog bersama pemegang amanah berkenaan kempen Tanpa Beg Plastik 2.0

Kompleks Sukan MPSP Bertam

31 Mac

Garis panduan Penguatkuasaan Tanpa Beg Plastik Percuma 2.0 di Pulau Pinang.

 

Nov-Dis

Kaji selidik awam berkenaan penggunaan beg plastik di Pulau Pinang.