Pengetahuan Alam Sekitar Meningkat Nilai Pengajaran
 

KENYATAAN AKHBAR
pada 1 November 2017

Kenyataan Akbar oleh Chow Kon Yeow, Exco Kerajaan tempatan dan Pengurusan Lalulintas merangkap Naib Pengerusi Penang Green Council:

Pengetahuan Alam Sekitar Meningkat Nilai Pengajaran

Cadangan untuk menjadikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai satu sukatan mata pelajaran di sekolah-sekolah dalam negera pada 2019 oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar baru-baru ini adalah selaras dengan visi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang lebih Bersih, Hijau, Selamat, Sihat dan Ceria. Penang Green Council (PGC) bercita-cita merealisasikan visi ini dengan mempromosikan Pendidikan Alam Sekitar melalui pelbagai bengkel, kem dan latihan alam sekitar yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Penang Green Council (PGC) akan menganjurkan Bengkel KejurulatihanPendidikan Alam Sekitar(Training of Trainers, TOT Workshop)pada 25 & 26 November 2017, 9 pagi-5 petang di Penang Institute. Bengkel ini bertujuan untuk melatih pendidik alam sekitar yang berpontensi untuk mengajar demi masa depan yang lebih mampan. Para peserta akan dapat memahami cara mengajar empat topik asas alam sekitar, iaitu perubahan iklim, air, sisa dan tenaga serta berupaya menerapkan elemen-elemen tersebut dalam sebarang tahap pengajaran/ latihan kepada kumpulan sasaran masing-masing selepas menghadiri bengkel ini. Pembelajaran mengenai alam semulajadi dalam pendidikan formal adalah penting di kalangan rakyat Malaysia. Ini akan menjadi satu langkah besar untuk membantu membangunkan kesedaran sivik di kalangan kanak-kanak dan melahirkan masyarakat yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam melindungi alam sekitar.

Bengkel ini dibuka kepada orang ramai yang berminat dalam pendidikan alam sekitar, yang berumur 18 tahun ke atas. Bengkel ini juga merangkumi modul mengenai kecekapan pelatih di mana para peserta akan dilatih untuk menyampaikan kandungan latihan mereka dengan impak yang tinggi. Peserta dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap isu-isu alam sekitar melalui bahan pengajaran, justeru meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan keluarga, masyarakat setempat dan sekolah. Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai bahasa perantara bengkel. Pelatih bengkel termasuk pensyarah dari Maktab Perguruan dan pelatih yang diperakui oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Yuran pendaftaran ialah RM250 termasuk manual “To Mother Earth With Love” dan makanan. Tawaran istimewa untuk pendaftaran berkumpulan. Untuk pendaftaran, sila hubungi Cik Hoo / Cik Wong di 04-2503322 atau email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Hubungi:
Chuah Sue Ann
Pegawai Kanan (Komunikasi)