Kongsi Keprihatinan dan Pendapat Anda di Simposium Pulau Pinang Sebagai Negeri Mampan dalam Membangunkan Agenda Hijau Pulau Pinang
 

Kenyataan Akhbar
pada 14 Disember 2017

Kongsi Keprihatinan dan Pendapat Anda di Simposium Pulau Pinang Sebagai Negeri Mampan dalam Membangunkan Agenda Hijau Pulau Pinang

Semua masyarakat Pulau Pinang dijemput untuk menghadiri dan berkongsi keprihatinan dan pendapat anda di Simposium Pulau Pinang Sebagai Negeri Mampan. Sebagai tindak balas kepada isu perubahan iklim global dan paradigma perkembangan mampan, kerajaan negeri Pulau Pinang sedang membangunkan Agenda Hijau Pulau Pinang (AHPP).

Pembangunan PGA dijangka akan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Agenda ini bertujuan untuk merangka strategi dengan menggabungkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs) dalam menangani cabaran alam sekitar Pulau Pinang pada masa depan serta mewujudkan komuniti Pulau Pinang yang berdaya tahan menjelang tahun 2030. Ini termasuk menentukan dan mengukur kemampanan negeri, mengenal pasti pendekatan untuk mengatasi cabaran alam sekitar semasa dan masa hadapan dan mencadangkan SDG yang boleh diukur dan dilaksanakan untuk mencapai visi negeri “Pulau Pinang Bersih, Hijau, Selamat, Sihat dan Ceria”.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berusaha untuk melibatkan semua pihak berkepentingan Pulau Pinang dalam menyumbang input sebelum AHPP dilancarkan secara rasmi. Simposium ini berfungsi sebagai salah satu “participatory platform” atau wadah bagi semua pihak berkepentingan di Pulau Pinang - agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat tempatan, golongan belia, kumpulan profesional dan sektor swasta untuk membincangkan mengenai pendekatan dan inisiatif setempat yang perlu diambil untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri hijau dan mampan menjelang tahun 2030.

Tema: Adakah Pulau Pinang Mampu Mencapai Kemampanan Pada Tahun 2030?
Tarikh: 15 & 16 Januari 2018 (Isnin & Selasa)
Tempat: Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR
Sesi: (1) Sesi Cabaran Kemampanan di Peringkat Global
(2) Sesi Perancangan Pembangunan Yang Mampan
(3) Sesi Isu Perubahan Iklim
(4) Sesi Ekonomi Hijau
(5) Forum Belia

Pendaftaran simposium akan ditutup pada 22 Disember 2017. Bagi peserta yang berumur 31 tahun dan ke atas, yuran komitmen ialah RM50.00 (termasuk makanan pagi, makan tengah hari, minum petang ). Manakala bagi peserta belia (berumur 18 hingga 30 tahun) adalah layak untuk berdaftar secara percuma.

Projek ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan disokong sepenuhnya oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang (BPEN), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Penang Institute, Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dan Malaysian Green Building Confederation (MGBC). Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Penang Green Council di 04-2503322 atau lawati www.pgc.com.my/symposium

 

Thing Siew Shuen
Pengurus Besar
Penang Green Council