Pastikan Suara Anda Didengari dalam Kaji Selidik Agenda Hijau Negeri Pulau Pinang
 

Kenyataan Akbar oleh Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap Naib Pengerusi Penang Green Council, Phee Boon Poh pada 14 November 2017:

Pastikan Suara Anda Didengari dalam Kaji Selidik Agenda Hijau Negeri Pulau Pinang

Banjir besar di Pulau Pinang yang dipercayai berpunca daripada jumlah taburan hujan lebat yang luar biasa tinggi, angin kencang dan air pasang yang menyebabkan hampir 12,559 orang dipindahkan. Perubahan iklim kini merupakan fenomena yang nyata. Ia telah menjejaskan semua orang. Aktiviti manusia adalah faktor utama perubahan iklim. Berikutan ancaman perubahan iklim global, mengatasi krisis alam sekitar dan membina kemampanan Pulau Pinang merupakan tanggungjawab semua.

Gambar 1a & 1b : Orang awam di kawasan kediaman Timur Laut dijemput oleh kumpulan penyelidik USM untuk mengambil bahagian dalam soal selidik Agenda Hijau Pulau Pinang.

Penang Green Council (PGC) telah dipertanggungjawab untuk membangunkan Agenda Hijau Pulau Pinang (PGA). PGC telah memulai konsultasi bersama pemegang taruh (stakeholder consultation) sejak pertengahan tahun 2017. Kini, kami sedang menjalani Kaji Selidik Awam Agenda Hijau Negeri Pulau Pinang, kaji selidik ini akan dijalankan sehingga 24 November 2017. Terdapat banyak usaha penyesuaian dan mitigasi perubahan iklim yang perlu dilakukan untuk menangani perubahan alam sekitar yang drastik oleh pelbagai faktor.

Pembangunan PGA dijangka akan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Agenda ini bertujuan untuk merangka strategi dengan menggabungkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs) dalam menangani cabaran alam sekitar Pulau Pinang pada masa  depan serta mewujudkan komuniti Pulau Pinang yang berdaya tahan menjelang tahun 2030. Ini termasuk menentukan dan mengukur kemampanan negeri, mengenal pasti pendekatan untuk mengatasi cabaran alam sekitar semasa dan masa hadapan dan mencadangkan SDG yang boleh diukur dan dilaksanakan untuk mencapai visi negeri “Pulau Pinang Bersih, Hijau, Selamat, Sihat dan Ceria”.

Jawatankuasa Penasihat PGA dipengerusikan oleh Ahli Lembaga PGC, Dato Leong Yueh Kwong. Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia telah dilantik untuk mengendalikan stakeholder consultation yang bertempoh selama satu tahun. Kerajaan Negeri berusaha untuk melibatkan semua pemegang taruh (stakeholders) di Pulau Pinang untuk menyumbang input sebelum melancarkan Agenda Hijau Negeri Pulau Pinang dengan menggunakan pendekatan “participatory” dalam agenda ini yang termasuk menjalani kaji selidik awam. Objektif-objektif utama kaji selidik awam adalah untuk mengenalpasti isu-isu alam sekitar di Pulau Pinang dan menentukan skop-skop yang berkait rapat dengan PGA. Hasil kaji selidik ini akan memberikan maklumat untuk membangunkan strategi PGA dan pelan tindakan tempatan serta menyediakan pemahaman yang lebih baik kepada pembuat dasar mengenai pandangan dan kebimbangan orang ramai terhadap cabaran alam sekitar di Pulau Pinang.

Pasukan USM telah menjadualkan untuk mendapatkan pandangan daripada orang ramai di kelima-lima daerah Pulau Pinang seperti berikut. Kaji selidik ini boleh didapati dalam empat bahasa: Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil.

Garis Masa Daerah
24 Oct – 31 Oct 2017 Timur Laut Pulau Pinang
1 Nov – 3 Nov 2017 Barat Daya Pulau Pinang
4 Nov – 7 Nov 2017 Seberang Perai Utara
8 Nov – 11 Nov 2017 Seberang Perai Tengah
12 Nov – 14 Nov 2017 Seberang Perai Selatan

Ini merupakan proses penting PGA, kami mengambil berat tentang pendapat anda dalam merangkakan agenda sehingga 2030. Kaji selidik ini boleh didapati dalam talian www.pgc.com.my/pga/public-survey.
Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan diberi sokongan sepenuh oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang dan Penang Institute. Bagi pihak yang berminat untuk melibatkan diri dalam perangkaan PGA, diminta menghubungi Pegawai Penyelidik, Siti Sarah Jamil (emel:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PGC di 04-2503322.

Terima kasih.

Phee Boon Poh.

Gambar 2a & 2b : Kumpulan penyelidik sedang mendapatkan maklum balas responden di ruang awam seperti di taman dan rumah kedai.