Welcoming Speech (bm) by CHOW KON YEOW on PENANG GREEN AGENDA WORKSHOP
 

 

Ucapan aluan oleh Chow Kon Yeow, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir merangkap Naib Pengerusi Penang Green Council, pada Bengkel Agenda Hijau Pulau Pinang bertempat di Penang Institute pada 24 Mac 2017:

Selamat pagi. Terima kasih kerana menghadiri Bengkel Agenda Hijau Pulau Pinang yang pertama ini. Saya gembira melihat anda semua di sini bagi menyertai bengkel ini yang bertujuan untuk membincangkan strategi menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang lebih mampan dan mesra alam.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Lembaga Pengarah Penang Green Council, Dato Leong Yueh Kwong dan Dato Renji Shiah kerana mengambil tugas  berat ini dalam menerajui penggubalan Agenda Hijau Pulau Pinang dan menerajui penyediaan Agenda Hijau Pulau Pinang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa berusaha untuk merealisasikan wawasan menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang 'Bersih, Hijau, Selamat, Sihat dan Ceria'. Sebagai tindak balas kepada isu-isu perubahan iklim global dan perkembangan paradigma pembangunan mampan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang, Penang Green Council dan Penang Institute telah mengilhamkan Agenda Hijau Pulau Pinang.

Agenda Hijau Pulau Pinang (2018-2030) bertujuan untuk merangka strategi untuk menyesuaikan dan membina masyarakat yang berdaya tahan di Pulau Pinang untuk memenuhi cabaran alam sekitar pada masa hadapan yang turut mengandungi Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs). Pemimpin-pemimpin dunia menerima pakai UNSDGs pada bulan September 2015 di Sidang Kemuncak Pembangunan Lestari PBB 2015.

Pulau Pinang bercita-cita untuk menjadi sebuah bandar raya pintar bertaraf antarabangsa, oleh itu kita seharusnya memastikan visi, sasaran dan matlamat ini adalah selaras dengan piawaian antarabangsa. Kami berharap Agenda Hijau Pulau Pinang akan berfungsi sebagai garis panduan dan menyediakan panduan berhubung strategi dan pelan tindakan untuk masa depan Pulau Pinang dari segi kelestarian alam sekitar.

Lebih daripada sepuluh tahun yang lalu, banyak bandar-bandar di dunia telah hadir dengan pelan tindakan alam sekitar masing-masing dalam menangani perubahan iklim dan cabaran kemampanan. Agenda Hijau Pulau Pinang akan mengambil pakar-pakar teknikal dan ahli-ahli sains untuk mengkaji aspek kemampanan negeri Pulau Pinang, termasuk penunjuk kemampanan pembangunan. Kami akan menjalankan analisis senario bagi menilai impak isu alam sekitar ke atas kemampanan Pulau Pinang. Agenda ini juga akan melibatkan semua pihak berkepentingan di Pulau Pinang bagi mengenal pasti dan menangani cabaran alam sekitar semasa dan akan datang kepada negeri, serta cadangan penyelesaian yang boleh dilaksanakan.

Bengkel hari ini adalah permulaan. Gabungan proses rundingan dari atas ke bawah dan bawah ke atas bermakna kita memerlukan lebih banyak masa. Kami berharap Agenda Hijau Pulau Pinang akan dapat difahami dan diterima oleh semua peringkat pihak berkepentingan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bengkel hari ini dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang, Penang Green Council dan Penang Institute dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Sosial USM, Institut Kesihatan Global Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membincangkan  hala tuju awal, tujuan dan skop bagi Agenda Hijau Pulau Pinang. Diharap bengkel sehari ini akan menyediakan makanan untuk membolehkan anda berfikir dan menjana maklum balas berharga untuk dasar dan membuat keputusan bagi pembangunan dan pelaksanaan Agenda Hijau Pulau Pinang.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang membantu merealisasikan visi kami. Terima kasih di atas dedikasi dan sumbangan anda dalam memastikan masa depan anak-anak kita Bersih, Hijau, Sihat, Selamat dan Ceria. Diharapkan perbincangan ini membuahkan hasil.

 

Terima Kasih.