Kempen Makan Sampai Habis dan Undilah Poster “Makan Sampai Habis
 

Kenyataan Akhbar oleh Phee Boon Poh. Ahli MMK, Pengerusi Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar ketika Perasmian Kempen Makan Sampai Habis pada 5hb Mei 2015: KEMPEN MAKAN SAMPAI HABIS DAN UNDILAH POSTER “MAKAN SAMPAI HABIS”

Bersempena dengan Kempen Makan Sampai Habis, satu pertandingan melukis poster telah diadakan bermula daripada 15hb November 2014 hingga 28hb Mac 2015.

Kempen Makan Sampai Habis bertujuan untuk mewujudkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan sumber makanan dan berhasrat untuk memupuk budaya jimat cermat serta menghargai makanan. Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga fokus dalam pengurangan sisa-sisa makanan yang dijanakan dan dihantar ke tapak pelupusan sampah. Justeru itu, kita dapat mengurangkan jejak karbon dengan melalui kempen tersebut. Kempen ini juga bertujuan untuk mempengaruhi setiap lapisan masyarakat, terutamanya golongan berkeluarga dan remaja supaya mengambil langkah untuk mengurangkan sisa-sisa makanan. 

Dengan mengikut statistik yang dikemukakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) pada tahun 2014, rakyat Malaysia telah menjana sebanyak 8,000 tan atau 8 juta kilogram sehari. Jumlah ini adalah cukup menampung bekalan makanan untuk enam juta orang. Demi membasmikan amalan pembaziran makanan di kalangan rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif dengan melancarkan satu kempen yang dikenali sebagai Kempen Makan Sampai Habis.

 Pertandingan Melukis Poster untuk Kempen Makan Sampai Habis adalah salah satu program yang dianjurkan bagi pelajar-pelajar bersekolah yang berminat dalam melukis di samping mencungkil kreativiti dan idea di kalangan golongan tersebut. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berniat untuk bermula dari kalangan generasi muda demi memupuk kesedaran golongan ini terhadap kepentingan sumber makanan dan isu “food security” yang semakin kritikal dewasa kini.

Pertandingan Kempen Makan Sampai Habis telah tamat pada 28hb Mac 2015. Pihak majlis telah menerima sebanyak 194 keping lukisan daripada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah masing-masing. Penilaian Pertandingan Kempen Makan Sampai Habis akan dibahagi kepada dua (2) peringkat iaitu Peringkat Majlis dan Peringkat Negeri. Penilaian Peringkat Majlis adalah dinilai dengan menggunakan cara pengundian orang awam di laman web Penang Caring Society: www.pgcaringsociety.com.my .

 Orang awam adalah digalakkan untuk mengundi lukisan kegemaran mereka dengan melalui laman web tersebut. Lukisan yang dipilih akan digunakan sebagai poster promosi Kempen Makan Sampai Habis. Orang awam yang berdaftar sebagai pengundi dalam pertandingan melukis poster peringkat majlis akan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah.

 Majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan melukis poster akan diadakan pada bulan Jun 2015 di Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR.
 Hadiah-hadiah yang disediakan untuk pertandingan melukis poster adalah seperti bawah:

 Sekolah Rendah

Hadiah Pertama:
RM2000 untuk Pihak Sekolah + RM500 untuk Pelajar + Sijil

Sekolah Menengah

Hadiah Pertama:
RM2000 untuk Pihak Sekolah + RM500 untuk Pelajar + Sijil

Hadiah Kedua:
RM1500 untuk Pihak Sekolah + RM300 untuk Pelajar + Sijil

Hadiah Kedua:
RM1500 untuk Pihak Sekolah + RM300 untuk Pelajar + Sijil

Hadiah Ketiga:
RM1000 untuk Pihak Sekolah + RM100 untuk Pelajar + Sijil

Hadiah Ketiga:
RM1000 untuk Pihak Sekolah + RM100 untuk Pelajar + Sijil

Sagu Hati (10):
RM100 untuk Pihak Sekolah +RM50 untuk Pelajar + Sijil

Sagu Hati (10):
RM100 untuk Pihak Sekolah + RM50 untuk Pelajar + Sijil

Selain itu, roadshow bersiri bersempena dengan Kempen Makan Sampai Habis telah pun bermula di bahagian Pulau dan bahagian Seberang. Sehingga hari ini, sebanyak 11 roadshow telah dijalankan di:

1)         St. Mark Carnival 
2)         MPSP
3)         Megamall
4)         Nibong Tebal
5)         Karnival Batu Kawan
6)         Konkos Komtar, Tingkat 3
7)         Sekolah  Menengah Kebangsaan Pokok Sena
8)         Perasmian Econsave di Sungai Bakap
9)         MPSP Car Free Morning di Jalan Todak 2 dan 3
10)     SJKC True Light
11)     Pusat beli-belah AEON di Juru

Negeri Pulau Pinang ingin merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan penaja-penaja dalam menjayakan Kempen Makan Sampai Habis ini. Penaja-penaja Kempen Makan Sampai Habis termasuk Infitech Machinery,PTPTN Negeri Pulau Pinang, redOne Network Sdn Bhd, Xdream Design, MyKuali, My Popcorn, Angchu Penang White Coffee, Foodpanda Malaysia Sdn Bhd., Wink Dance and Music Studio dan Rafa Green Sdn. Bhd.

Sebarang pertanyaan, sila menghubungi:
Majlis Bandaran Pulau Pinang
Tel : +604-2592124 /2167
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Tel : +6012-477 9330
Penang Green Council
Tel: +604-2503321/ 3322