Pengundian Secara Online Terbuka Kepada Orang Awam Untuk Pertandingan Melukis Poster Kempen Makan Sampai Habis
 

Kenyataan Akhbar oleh Phee Boon Poh , Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) kepada Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar pada 27hb Mac 2015.

PENGUNDIAN SECARA ONLINE TERBUKA KEPADA ORANG AWAM UNTUK PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KEMPEN MAKAN SAMPAI HABIS 

Dengan mengikut statistik yang dikemukakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) pada tahun 2014, Rakyat Malaysia telah menjana sebanyak 8,000 tan atau 8 juta kilogramsehari. Jumlah ini adalah cukup menampung bekalan makanan untuk enam juta orang. Demi membasmikan amalan pembaziran makanan di kalangan rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif dengan melancarkan satu kempen yang dikenali sebagai Kempen Makan Sampai Habis.

Kempen Makan Sampai Habis telah dilancarkan sejak bulan September 2014. Bersempena dengan Kempen Makan Sampai Habis, satu pertandingan melukis poster telah diadakan bermula daripada 15hb November 2014 hingga 28hb Mac 2015.

Kempen Makan Sampai Habis bertujuan untuk mewujudkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan sumber makanan dan berhasrat untuk memupuk budaya jimat cermat serta menghargai makanan. Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga fokus dalam penggurangan sisa-sisa makanan yang dijanakan dan dihantar ke tapak pelupusan sampah. Justeru itu, kita dapat menggurangkan “carbon footprint” dengan melalui kempen tersebut. Kempen ini juga bertujuan untuk mempengaruhi setiap lapisan masyarakat, terutamanya golongan berkeluarga dan remaja bagi memupuk tingkah laku positif ke arah menghijaukan alam sekitar.

Pertandingan Melukis Poster untuk Kempen Makan Sampai Habis adalah salah satu program yang dianjurkan bagi pelajar-pelajar bersekolah yang berminat dalam melukis di samping mencungkil kreativiti dan idea di kalangan golongan tersebut. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berniat untuk bermula dari kalangan generasi muda demi memupuk kesedaran golongan ini terhadap kepentingan sumber makanan dan isu “food security” yang semakin kritikal pada masa depan.

Pertandingan Kempen Makan Sampai Habis telah tamat pada 28hb Mac 2015. Pihak majlis telah menerima sebanyak 194 keping lukisan daripada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah masing-masing. Butir-butiran penghantar lukisan adalah seperti dijadual:

Kategori

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

Sekolah Rendah

48

90

Sekolah Menengah

17

39

Jumlah

65

129

 

Penilaian Pertandingan Kempen Makan Sampai Habis akan dibahagi kepada dua(2) peringkat iaitu Peringkat Majlis dan Peringkat Negeri. Penilaian Peringkat Majlis adalah dinilai dengan menggunakan cara pengundian orang awam di laman web yang ditentukan. Laman web yang boleh dilayari orang awam ialah :www.pgcaringsociety.com.my 

Orang awam adalah digalakkan untuk mengundi lukisan kegemaran anda dengan melalui laman web tersebut. Hadiah misteri akan disediakan kepada orang awam yang telah mengundi dalam laman web ini. Bagi penilaian di Peringkat Negeri, pihak penganjur akan menjemput para juri yang terlibat dalam bidang kesenian untuk memilih lukisan yang terbaik di kalangan peringkat majlis. Lukisan yang dipilih akan digunakan sebagai poster promosi Kempen Makan Sampai Habis.

Hadiah-hadiah yang disediakan adalah seperti bawah:

 

Sekolah Rendah

Hadiah Pertama:

RM2000 untuk Pihak Sekolah + RM500 untuk Pelajar + Sijil

Sekolah Menengah

Hadiah Pertama:

RM2000 untuk Pihak Sekolah + RM500 untuk Pelajar + Sijil

Hadiah Kedua:
RM1500 untuk Pihak Sekolah + RM300 untuk Pelajar + Sijil

Hadiah Kedua:
RM1500 untuk Pihak Sekolah + RM300 untuk Pelajar + Sijil

Hadiah Ketiga:
RM1000 untuk Pihak Sekolah + RM100 untuk Pelajar + Sijil

Hadiah Ketiga:
RM1000 untuk Pihak Sekolah + RM100 untuk Pelajar + Sijil

Sagu Hati (10):
RM100 untuk Pihak Sekolah +RM50 untuk Pelajar + Sijil

Sagu Hati (10):
RM100 untuk Pihak Sekolah + RM50 untuk Pelajar + Sijil

 

Sebarang pertanyaan sila menghubungi:

 

Majlis Bandaran Pulau Pinang

Tel : +604-2592124 /2167

 

Majlis Perbandaran Seberang Perai

Tel : +6012-477 9330

 

Penang Green Council

Tel: +604-2503321/3322