F&S Roadshow – menggalakkan orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab dalam penggunaan tenaga
 

[Kenyataan Akhbar Bersama oleh Gurmit Singh, Pengerusi Centre for Environment, Technology and Development, Malaysia (CETDEM) dan Thing Siew Shuen, Pengerusi Besar Penang Green Council pada 20 Februari 2014]

F&S Roadshow – menggalakkan orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab dalam penggunaan tenaga

 

Peningkatan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon dioksida semakin ketara di bandar-bandar. Perubahan iklim disebabkan oleh peningkatan kadar gas-gas rumah hijau antropogenik di dalam atmosfera. Menurut Malaysia Energy Information Hub (MEIH), intensiti tenaga per kapita di Malaysia semakin meningkat dari 2783kwh pada tahun 2002 ke 3966kwh pada tahun 2012.

Centre for Environment, Technology and Development, Malaysia (CETDEM) dan Penang Green Council (PGC) dengan sukacitanya bersama menganjurkan FiT & SAVE Roadshow di George Town, Pulau Pinang.

FiT & SAVE Roadshow ini merangkumi dua bahagian iaitu:

  1. Pameran-mini(terbuka kepada orang ramai)

    Tarikh: 23hb Februari 2014 (Ahad)
    Masa: 7 pagi – 12 tengah hari
    Tempat: Lebuh Pantai, Penang (Projek Occupy Beach Street, zon mesra alam)

  2. Bengkel separuh hari (Percuma) - secara pra-pendaftaran, terhad kepada 100 pendaftar pertama sahaja.

    Tarikh: 24hb Februari 2014 (Isnin)
    Masa: 8.30 pagi – 1 petang
    Tempat: Auditorium F, Tingkat 5, Komtar

Tujuan utama Roadshow ini adalah untuk mempromosi Tenaga Boleh Baharu (melalui mekanisme Feed-in Tariff) dan memupuk kesedaran Kecekapan Tenaga dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai salah satu cara untuk mengurangkan pembaziran tenaga eletrik sementara menangani kadar pelepasan gas Karbon Dioksida yang semakin meningkat yang berpunca daripada pembakaran bahan api fosil untuk penjanaan tenaga elektrik.

Encik Anthony Tan, Pengarah Eksekutif CETDEM akan memberi penerangan kepada para pelawat yang berkunjung ke Pameran-mini. Pengerusi DEM, Engr. Gurmit Singh akan bertugas sebagai penyelaras utama Bengkel separuh hari tersebut. Untuk pendaftaran, sila hubungi Penang Green Council: 04- 2503321 (Patrick Ong).  

Encik Tan menyeru bahawa, 'Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga WAJIB dilakukan bersama, barulah rakyat Malaysia dapat memberikan impak yang ketara dalam mengurangkan sumbangan negatif terhadap ‘Pemanasan Global'.

Gurmit Singh
Thing Siew Shuen