Kajian Soal Selidik Awam Agenda Hijau Pulau Pinang (AHPP)
 

 

 

Pada 4 November 2017 yang lalu, Pulau Pinang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat dan angin kencang yang berterusan.
Perubahan iklim adalah KENYATAAN yang telah berlaku di Pulau Pinang dan situasi ini telah menjejaskan semua masyarakat.
Seiring dengan pembangunan pesat Pulau Pinang, adakah anda masih berfikir bahawa krisis alam sekitar dan kemampanan Pulau Pinang adalah bukan tanggungjawab anda?

Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan dalam penyesuaian dan pengurangan perubahan iklim. Agenda Hijau Pulau Pinangoleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memulakan rundingan pihak berkepentingan sejak pertengahan tahun 2017. Pada masa ini, kami berada di peringkat menjalankan soal selidik awam - Kajian Soal Selidik Awam Agenda Hijau Pulau Pinang. Kami mengambil berat tentang pendapat anda dalam merumuskan agenda ini sehingga 2030.
Kajian soal selidik awam ini dijalankan dari 24 Oktober hingga 24 November 2017, dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Sosial, USM.

Objektif bagi soal selidik awam ini:

  • Untuk memberikan pemahaman kepada penggubal dasar/polisi mengenai pandangan dan kebimbangan masyarakat Pulau Pinang terhadap cabaran alam sekitar di Pulau Pinang.
  • Menjadi landasan untuk membangunkan strategi AHPP dan pelan tindakan setempat.

Pasukan USM telah dijadualkan untuk mendapatkan pandangan daripada orang awam di 5 daerah Pulau Pinang dalam 4 bahasa: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Garis Masa Daerah
24 Okt – 31 Okt 2017 Timur Laut Pulau Pinang
1 Nov – 3 Nov 2017 Barat Daya Pulau Pinang
4 Nov – 7 Nov 2017 Seberang Perai Utara
8 Nov – 11 Nov 2017 Seberang Perai Tengah
12 Nov – 14 Nov 2017 Seberang Perai Selatan


Anda semua dijemput untuk mengisi borang soal selidik awam ini kerana penyertaan anda dalam proses ini adalah penting dan membolehkan pihak kerajaan demokrasi Pulau Pinang untuk membuat keputusan bagi masa depan yang lebih baik.

Marilah berkongsi dengan kami mengenai pandangan anda untuk Pulau Pinang yang lebih baik dan mampan! 


Title