Permohonan Pengesahan
 

 

Permohonan Untuk Pengesahan PGC

Sebagai agensi negeri yang mempromosikan inisiatif hijau, kami berharap untuk menggalakkan masyarakat untuk mengambil inisiatif bagi menganjurkan acara-acara atau aktiviti-aktiviti yang selari dengan visi dan misi PGC serta memberikan impak sosial yang positif.

Sama ada pengesahan bukan berbentuk kewangan (non-monetary) atau pengesahan berbentuk pembiayaan akan diberikan sebagai sebahagian daripada produk pemasaran kami atau inisiatif jangkauan (outreach). Semua permohonan akan disusuli dengan satu proses penilaian bagi memastikan peruntukan kami digunapakai dengan penuh berhati-hati dan bertanggungjawab. Kami menetapkan bahawa semua pemohon untuk membuat demontrasi secara jelas mengenai impak sosial sumbangan kami.

Kriteria
PGC senantiasa cuba untuk membantu membawakan acara-acara dan idea-idea demi kehidupan yang mapan. Pilihan kami – tetapi bukan eksklusif – bidang sokongan dan pengesahan adalah:

Sisa Sifar
Kecekapan Sumber
Pemuliharaan Alam Sekitar
Pendidikan Alam Sekitar
Perubahan Budaya dan Tingkah Laku
Rendah Karbon

Kelayakan

Kami akan mempertimbangkan:

  • Organisasi yang berdaftar sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan (non-profit) bagi bidang kuasanya;
  • Berpangkalan di Pulau Pinang (Penang-based), termasuk yang disahkan oleh Ahli Dewan Undangan atau Ahli Majlis tempatan;
  • Acara-acara atau aktiviti-aktiviti yang berlaku melibatkan masyarakat atau sosial;
  • Laman web atau medium komunikasi yang lain yang boleh menyampaikan program berkaitan alam sekitar yang spesifik;
  • Drama, penerbitan buku-buku atau pembikinan filem;
  • Program dengan pengukuran hasil sosial;
  • Hadiah.

Kami tidak akan mempertimbangkan:

  • Organisasi yang telah dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, secara langsung atau tidak langsung;
  • Organisasi politik atau organisasi persaudaraan;
  • Orang ketiga dalam organisasi yang mengutip sumbangan;
  • Usaha individu;
  • Organisasi keagamaan, melainkan mereka terlibat dengan projek hijau yang berkepentingan dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat;
  • Wakaf atau kempen peringatan;
  • Pengiklanan atau kempen promosi;
  • Komersial, acara-acara berkaitan perlancongan, termasuk lawatan sambil berlajar atau lawatan-lawatan lain;
  • Penciptaan atau pembaikan patung-patung, monument, kerja seni atau projek pengindahan;
  • Yayasan swasta.

Syarat dan Peraturan:

  1. Setiap organisasi akan diberikan pengesahan pembiayaan sekali setahun.
  2. Pengesahan pembiayaan maksimum bagi mana-mana organisasi adalah sebanyak RM10,000 setahun, bagi satu projek atau program.
  3. Semua penerima pembiayaan atau pemegang pengesahan adalah dibenarkan untuk menggunakan logo PGC yang disediakan bagi sepanjang tempoh pengesahan, selari dengan terma dan syarat berikut:
    • Logo boleh digunakan atas bahan-bahan cetak, lawan web berinformasi dan pengiklanan bagi apa jua bentuk media, tertakluk kepada rekaan spesifik di bawah
    • Hanya penerima pembiayaan dan nama pemegang pengesahan adalah layak untuk menggunakan logo
    • Sekiranya pengesahan dibatalkan atau digantung atas sebab tiada pembayaran atau pelanggaran syarat, organisasi atau individu adalah tidak layak lagi untuk menggunakan logo dan mereka mesti menarik balik mana-mana publisiti promosi yang sedia ada atau bahan-bahan lain yang mempamerkan logo
    • Pengesahan tidak bermaksud sebagai cadangan atau sokongan oleh PGC kepada organisasi atau individu dan produk atau perkhidmatan, selain daripada yang dinyatakan dan mana-mana promosi pengesahan dan/atau logo perlulah tidak membayangkan atau menyatakan sebaliknya
    • Organisasi atau individu mengakui bahawa logo pengesahan adalah harta PGC dan PGC boleh menguatkuasakan hak-hak yang sewajarnya
    • Organisasi atau individu bersetuju bahawa PGC boleh mengikut budi bicaranya menukar terma syarat-syarat ini dari masa ke masa melalui notis secara bertulis atau e-mel
  4. Bagi organisasi yang menerima pengesahan kewangan, logo PGC mestilah dicetak atau diterbit dalam semua bahan-bahan publisiti yang berkaitan bagi projek atau program sebagai “Rakan Sokongan (Supporting Partner)”.
  5. Bagi pengesahan bukan berbentuk kewangan (non-monetary) untuk projek atau program tertentu, logo PGC akan dipamerkan sebagai “Badan Pengesahan (Endorsement Body)”.
  6. PGC berhak untuk membatalkan pengesahan bukan berbentuk kewangan (non-monetary) atau pengesahan pembiayaan di bawah keadaan tertentu.

Permohonan/ Kertas Cadangan

Permohonan atau kertas cadangan ringkas perlulah dihantar ke PGC melalui e-mel, penghantaran dalam bentuk hardcopy tidak akan dilayan.
Kertas cadangan boleh dikemukakan dalam format anda sendiri dan perlu mengandungi item-item yang disenaraikan seperti di bawah:

  • Ringkasan kenyataan berkenaan sejarah organisasi, matlamat dan pencapaian hingga masa kini
  • Menggariskan projek yang mana anda memohon untuk pembiayaan (tidak melebihi dua muka surat)
  • Bajet projek yang menunjukkan perbelanjaan terlibat
  • Senarai penyumbang yang telah komited atau dihubungi, termasuk sumber Kerajaan
  • Penyata audit kewangan terkini (mesti kurang daripada satu tahun)
  • Senarai Ahli Lembaga Pengarah atau Ahli Jawatankuasa Organisasi sekiranya berkenaan
  • Kelompok sasaran (target audience)

Hanya kertas cadangan yang disenarai pendek akan dihubungi untuk susulan mesyuarat bagi mengadakan perbincangan selanjutnya
PGC berhak untuk menukar terma atau syarat tanpa notis awal terlebih dahulu.

Contact: Penang Green Council, Tingkat 47, KOMTAR, 51300, Pulau Pinang. Tel: 04-2503322, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Permohonan Pengesahan