Penang Green Journalism Award 2013- Rules & Regulations
 

Anugerah Kewartawanan Hijau 2013 Negeri Pulau Pinang
Syarat dan Peraturan Rasmi
Seksyen A & B: Pelaporan Berita & Penulisan Rencana

    1. Penyertaan terbuka kepada wartawan yang berkhidmat dengan mana-mana organisasi media cetak dan media baru yang beroperasi di Malaysia atau berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
    2. Karya kewartawanan untuk menyertai Anugerah Kewartawanan Hijau 2013 Negeri Pulau Pinang(AKH) ini hendaklah diterbitkan dalam mana-mana akhbar, majalah, portal berita organisasi media antara 1hb April 2012 dan 20hb Jun 2013.
    3. Kandungan karya kewartawanan perlu berhubung dengan isu-isu alam sekitar di Negeri Pulau Pinang.
    4. Bahan penyertaan media baru hendaklah dikemukakan dalam bentuk PDF yang disalin dalam bentuk cakera padat. Manakala bahan penyertaan media cetak boleh dikemukakan dengan dua cara:
      1. Satu salinan asal dan tiga salinan fotostat.
      2. Satu salinan asal dan satu salinan dalam bentuk PDF yang disalin dalam bentuk cakera padat.
    5. Peserta perlu menghantar dokumen ke alamat berikut:-

      PGC Strategies Sdn Bhd Tingkat 47, KOMTAR, 10503, Pulau Pinang, Malaysia.
      (Anugerah Kewartawanan Hijau 2013 Negeri Pulau Pinang)

    6. Penyertaan hendaklah disahkan oleh Ketua Pengarang atau wakil organisasi di mana peserta bertugas dengan borang atau format yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.
    7. Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan menanggung sebarang liabiliti untuk apa-apa kejadian yang mungkin timbul disebabkan oleh penghantaran lambat, apa-apa kemusnahan/kerosakan atau kehilangan dokumen dalam proses penghantaran.
    8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1hb Julai 2013.
    9. Tarikh penghantaran tidak boleh diambilkira sebagai bukti tarikh penyertaan oleh pihak penganjur. Karya yang dihantar ke kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan dikembalikan.
    10. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua (2) seksyen, iaitu (i) Pelaporan Berita dan (ii) Penulisan Rencana. Peserta boleh mengambil bahagian dalam kedua-dua seksyen, tetapi hanya boleh menghantar satu penyertaan bagi setiap seksyen sahaja
    11. Bagi karya-karya kewartawanan yang dihasilkan dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil, peserta juga boleh menghantar karya mereka dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, tetapi peserta perlu menyediakan sinopsis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris yang tidak melebihi 500 patah perkataan.
    12. Jika karya itu diterbitkan bersiri, setiap salinan artikel mestilah disusun mengikut turutan.
    13. Peserta boleh mengambil bahagian dalam kedua-dua seksyen, tetapi hanya boleh menghantar satu penyertaan bagi setiap seksyen sahaja.
    14. Keputusan Panel Pengadil adalah muktamad dan sebarang pertanyaan/rayuan tidak akan dilayan.
    15. Sebanyak 16 buah hadiah (4 hadiah bagi setiap kategori media iaitu: Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris) akan diberikan dalam pertandingan ini (8 hadiah bagi setiap seksyen).

Seksyen A: Pelaporan Berita
Satu Hadiah Cemerlang bagi setiap kategori:
Wang Tunai RM 2,000 & Sijil Penghargaan -“Anugerah Kewartawanan Hijau Cermerlang”
Satu Hadiah Istimewa bagi setiap kategori:
Wang Tunai RM 1,000 & Sijil Penghargaan -“Anugerah Kewartawanan Hijau Istimewa”

Seksyen B: Penulisan Rencana
Satu Hadiah Cemerlang bagi setiap kategori:
Wang Tunai RM 2,500 & Sijil Penghargaan -“Anugerah Kewartawanan Hijau Cermerlang”
Satu Hadiah Istimewa bagi setiap kategori:
Wang Tunai RM 1,000 & Sijil Penghargaan -“Anugerah Kewartawanan Hijau Istimewa”

    1. Pihak penganjur berhak untuk memutuskan tiada pemenang untuk hadiah yang disenaraikan.
    2. Pihak penganjur berhak untuk menerbit semula sebahagian atau seluruh karya pemenang tanpa kebenaran diperolehi terlebih dahulu daripada penulisnya.

      GARIS PANDUAN PEMARKAHAN

Bahagian Markah Penuh
Perkara & Kandungan 40
Fakta & Mutu Kajian 40
Mutu Penulisan / Laporan 20
Jumlah           100

 

  1. Sebarang kekeliruan yang timbul berkaitan dengan peraturan-peraturan, kerajaan negeri Pulau Pinang berhak untuk membuat interpretasi muktamad. Apa-apa isu lain yang tidak disebut atau disentuh dalam dokumen ini akan diselesaikan dengan peraturan-peraturan yang berkaitan yang akan ditentukan oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang dan tertakluk kepada interpretasinya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Carol di talian 04-2503321/2, atau emel kepada: carol@pgc.com.my

Download borang penyertaan di Sini