Penang Green Journalism Award 2012- Rules & Regulations (2)
 


Penang Green Journalism Contest - Rules and Regulations :

I. Syarat-Syarat & Peraturan Penyertaan:


Seksyen: Berita dan Rencana 

1.

Penyertaan terbuka kepada wartawan yang berkhidmat dengan mana-mana organisasi media cetak dan media baru yang beroperasi di Malaysia atau berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).

2.

Karya kewartawanan untuk menyertai Anugerah Kewartawanan Hijau 2012 Negeri Pulau Pinang(AKH) ini hendaklah diterbitkan dalam mana-mana akhbar, majalah, portal berita organisasi media antara  1 April 2011 dan 31 March 2012.

3. Kandungan karya kewartawanan perlu berhubung dengan isu-isu alam sekitar di Negeri Pulau Pinang.
4.

Bahan penyertaan media baru hendaklah dikemukakan dalam bentuk PDF yang disalin dalam bentuk cakera padat. Manakala bahan penyertaan media cetak boleh dikemukakan dengan dua cara:

(1) Satu salinan asal dan tiga salinan fotostat.  
(2)

Satu salinan asal dan satu salinan dalam bentuk PDF yang disalin dalam bentuk cakera padat

Peserta perlu menghantar dokumen ke alamat berikut:- 
PGC Strategies Sdn Bhd c/o: Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28, KOMTAR, 10503, Pulau Pinang, Malaysia.(Anugerah Kewartawanan Hijau 2011 Negeri Pulau Pinang)

5.

Penyertaan hendaklah disahkan oleh Ketua Pengarang atau wakil organisasi di mana peserta bertugas dengan borang atau format yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

6.

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan menanggung sebarang liabilitiuntuk apa-apa kejadian yang mungkin timbul  disebabkan oleh penghantaran lambat, apa-apa kemusnahan/kerosakan atau kehilangan dokumen dalam proses penghantaran.

7.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31st May 2012.

8.

Tarikh penghantaran tidak boleh diambilkira sebagai bukti tarikh penyertaan oleh pihak penganjur. Karya yang dihantar ke kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan dikembalikan.

9.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua (2) seksyen, iaitu (i) Pelaporan Berita dan (ii) Penulisan Rencana. Peserta boleh mengambil bahagian dalam kedua-dua seksyen, tetapi hanya boleh menghantar satu penyertaan bagi setiap seksyen sahaja.

10.

Bagi karya-karya kewartawanan yang dihasilkan dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil, peserta juga boleh menghantar karya mereka dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, tetapi peserta perlu menyediakan sinopsis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang tidak melebihi 500 patah perkataan.

11. Jika karya itu diterbitkan bersiri, setiap salinan artikel mestilah disusun mengikut turutan.
12. Peserta boleh mengambil bahagian dalam kedua-dua seksyen, tetapi hanya boleh menghantar satu penyertaan bagi setiap seksyen sahaja.
13.

Keputusan Panel Pengadil adalah muktamad dansebarang pertanyaan/rayuan tidak akan dilayan.

14.

Sebanyak 24 buah hadiah (6 hadiah bagi setiap kategori media iaitu: Bahasa Melayu,Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris) akan diberi dalam pertandingan ini (12 hadiah bagi setiap seksyen).

                           Seksyen A:  Pelaporan Berita

Tiga  Hadiah Cemerlang bagi setiap kategori:
(1)Wang Tunai RM1,000.00
(2)Sijil Penghargaan -"Anugerah Kewartawanan Hijau Cermerlang"


                           Seksyen B: Penulisan Rencana:

Tiga Hadiah Cemerlang  bagi setiap kategori:
(1)Wang Tunai RM1,200.00
(2)Sijil Penghargaan -"Anugerah Kewartawanan Hijau Cermerlang"

 

Setiap pemenang hadiah cemerlang bagi seksyen Pelaporan Berita akan menerima hadiah wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM 1000) sahaja sementara setiap karya pemenang hadiah cermerlang bagi Seksyen Penulisan Rencana akan menerima hadiah wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Seribu Dua Ratus (RM1200) sahaja.

15.

Pihak penganjur berhak untuk memutuskan tiada pemenang untuk hadiah yang disenaraikan.

16.

Pihak penganjur berhak untuk menerbit semula sebahagian atau seluruh karya pemenang tanpa kebenaran diperolehi terlebih dahulu daripada penulisnya.

GARIS PANDUAN PEMARKAHAN 
 Bahagian      Markah Penuh
 Perkara & Kandungan    40
 Fakta & Mutu Kajian  40
 Mutu Penulisan / Laporan  20
   100
17.

Sebarang kekeliruan yang timbul berkaitan dengan peraturan-peraturan, kerajaan negeri Pulau Pinang berhak untuk membuat interpretasi muktamad. Apa-apa isu lain yang tidak disebut atau disentuh dalam dokumen ini akan diselesaikan dengan peraturan-peraturan yang berkaitan yang akan ditentukan oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang dan tertakluk kepada interpretasinya. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 04-6505112, atau emel kepada:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 Download borang penyertaan di Sini