ESCAPE menawarkan semua Warga Hijau 'diskaun 10% daripada pembelian tiket
 

    

Siaran Akhbar oleh YB Ng Wei Aik, Ahli Parlimen Tanjong, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Program Warga Hijau Pulau Pinang pada 5 Julai 2013:
ESCAPE menawarkan semua Warga Hijau 'diskaun 10% daripada pembelian tiket.

Kami ingin mengalukan penyertaan Escape Theme Park sebagai Rakan Hijau yang terbaru untuk Program Warga Hijau Pulau Pinang. Escape Adventureplay mula beroperasi pada 7hb November 2012 dan diikuti dengan majlis perasmian pada 8hb Disember 2012.

Kanak-kanak yang lampau adalah lebih aktif dan kreatif. Mereka perlu me-reka permainan, memanjat pokok atau bermain diluar rumah. Mereka diajar untuk menghargai alam sekitar melalui activity-activity luar rumah.

Kanak-kanak kini sering menghabiskan masa mereka di depan television untuk meluangkan masa sebagai satu keseronokan. Ini bukanlah satu keseronokan. Gejala ini boleh membawa kesan buruk kepada mereka secara fizikal dan mental. Ini adalah satu penyebab kanak-kanak masa kini mengalami masaalah kegemukan, tidak aktif dan kurang ceria.

ESCAPE telah melakukan peranan mereka dalam pemeliharaan dan pemuliharaan melalui Inisiatif Hijau mereka seperti Penjimatan Tenaga, Penuaian Air Hujan dan Penanaman Rumput di Bumbung untuk menyejukkan suhu.

Oleh itu, dengan penyertaan ESCAPE sebagai Rakan Hijau kami, kami berharap bahawa ini akan menjadi tarikan untuk pengemar aksi lasak ahli-ahli Warga Hijau untuk meneroka sesuatu yang baru.

ESCAPE menawarkan semua Warga Hijau 'diskaun 10% daripada pembelian tiket. Ahli perlu menunjukkan kad Warga Hijau 'mereka apabila membeli tiket. Kami berharap lebih ramai ahli akan datang dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan untuk melepaskan tekanan daripada kehidupan harian mereka.

Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Hijau Penang Green Council, kami sedang dalam proses menerbitkan ‘Green Partners Catalogue’ yang akan merangkumi aktiviti kami dan Rakan Hijau. Kami berharap penerbitan ini dapat membantu meningkatkan pengenalan kepada Rakan Hijau yang telah menyokong kami untuk menjayakan program ini.

Kami berharap lebih ramai orang akan mendaftar sebagai Ahli Warga Hijau Pulau Pinang untuk menikmati faedah yang ditawarkan oleh Rakan Hijau kami. Bersama-sama kita boleh mencapai Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.

Sila layari laman web kami untuk keterangan lanjut: http://www.pgc.com.my/penanggreencitizen

Yb Ng Wei Aik 

Hubungi kami:
Penang Green Council (PGC Strategies Sdn Bhd)
Alamat:
Tingkat 47, KOMTAR, Pulau Pinang 10503 Malaysia.
Tel: +604-2503321
Fax: +604-2503323
Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Website: www.pgc.com.my