Focus: Marilah Kita Bersama-sama Menanam Tumbuh-tumbuhan
 

Focus:  Marilah Kita Bersama-sama Menanam Tumbuh-tumbuhan

Sunshine Garden Centre telah memberi lebih daripada 2000 tumbuh-tumbuhan kepada pelawat ke Ekspo Hijau Pulau Pinang 2012

Pemandangan Hijau senantiasa membuatkan kita berasa segar. Adalah salah sekiranya kita berfikir bahawa tinggal di bangunan tinggi menghalang kita daripada memelihara tumbuh-tumbuhan. Sebaliknya, terdapat banyak tumbuh-tumbuhan dalaman yang boleh kita tanam bagi memastikan alam sekitar kita hijau dan cantik.

Expo Hijau Pulau Pinang 2012 yang telah diadakan pada September 2012 mempamerkan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dalaman. Expo berkenaan juga memberikan peluang untuk kita mempelajari lebih banyak tentang pemilihan spesis tumbuh-tumbuhan yang betul untuk penanaman dan perhiasan rumah.

Untuk udara bersih dan segar, Cactus, Chlorophytum atau Scindaprus merupakan pilihan utama sebagai pembersih semulajadi. Tumbuh-tumbuhan ini tidak sepatutnya diperkecilkan atau dipandang remeh di mana ianya boleh membantu mengurangkan bahan-bahan berbahaya yang dikeluarkan daripada peralatan elektronik dan pada masa yang sama dapat membantu membersihkan udara yang tercemar.

Pilihan alternatif yang lain adalah pakis Sanseviera dan Boston. Tumbuh-tumbuhan ini mengandungi anion tumbuh-tumbuhan semulajadi yang menyerap Benzena dan Trikloroetilena dari udara bagi menghasilkan kualiti udara yang baik.

Bagi rumah yang luas, Sawit Kuning (Yellow Palm) dan Pokok Jagung (Corn Plant) adalah pilihan yang baik untuk membantu menyingkir bahan-bahan yang berbahaya dan kekotoran dari udara.

Tumbuh-tumbuhan sebagaimana yang dicadangkan di atas memerlukan kombinasi pemilihan pasu bunga, tanah dan baja yang betul bagi menghasilkan persekitaran yang terbaik. Penggunaan pasu bunga biodegradable dan tanah yang betul serta baja bukan kimia dengan pensijilan Baba Inside, membolehkan taman rumah mesra alam sekitar menjadi kenyataan.

Kita perlu juga mengenalpasti tempat yang betul bagi tumbuh-tumbuhan yang betul di rumah. Sebagai contoh, pakis Sansevieria adalah sesuai ditanam/ ditempatkan di dalam tandas kerana ianya memerlukan cahaya matahari yang sedikit. Daun-daunnya juga boleh menyerap lembapan dan bau dari udara di tandas serta bertindak sebagai pewangi semulajadi. Walau bagaimanapun, dengan mengubah tumbuh-tumbuhan kepada cahaya matahari langsung secara berselang-seli dengan dibuat secara selalu, ianya akan membolehkan tumbuh-tumbuhan menjadi teguh atau kuat.

Sesetengah tumbuh-tumbuhan boleh diletak di beranda/ balkoni, bumbung atau koridor. Bagi mengelakkan kemalangan, pastikan tumbuh-tumbuhan tersebut tidak menghalang laluan dan boleh menahan angin kencang.

Tumbuh-tumbuhan bukan untuk dilihat sahaja – ianya juga menjadikan alam sekitar lebih bersih dan hijau. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjalankan usaha yang berlipat ganda dan gigih dalam mempromosikan projek hijau di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah menjawab secara bertulis di Persidangan Dewan Undangan Negeri pada tahun 2011 di mana Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah menanam sebanyak 4,313 pokok di bahagian Pulau manakala Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menanam sebanyak 8,734 pokok di bahagian Seberang Perai serta Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah menanam sebanyak 8,988 pokok di seluruh negeri ini.

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang juga menyediakan 5,770 anak pokok kepada jabatan-jabatan Kerajaan, syarikat-syarikat Swasta, JKKK-JKKK dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menggalakkan penanaman pokok dan sekaligus mempromiskan persekitaran hijau.

Pihak berkuasa di MPPPP menerajui Projek Hijau di tiga lokasi. Sejak tahun 2010, sebanyak 150 pokok telah ditanam di sepanjang pembahagi jalan (divider) Jalan Carnarvon; 101 pokok lagi di sepanjang 550 meter pembahagi jalan di Weld Quay bagi tahun 2011 dan pada tahun ini 280 pokok telah ditanam di sepanjang 1.4km pembagi jalan, Jalan Dato’ Keramat.

Bagi mereka yang menggunakan Jalan Masjid Negeri, Jalan Scotland dan Jalan Utama akan menikmati rasa sejuk dan teduh berikutan pokok-pokok rendang yang terdapat di jalan-jalan tersebut. Kita perlu berterima kasih kepada orang-orang terdahulu yang mempunyai pandangan jauh untuk memelihara pokok-pokok sebegini. Pulau Pinang, Pulau Mutiara bukan sahaja bangga dengan bangunan warisan di Geoge Town tetapi juga pokok-pokok ini telah menjadi saksi terhadap pembangunan bandar ini dalam memacu Pulau Pinang kea rah negeri yang bersih, hijau dan mesra alam sekitar di Malaysia.


Kita mampu memperbaiki alam sekitar kita bermula dari rumah lagi. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menanam tumbuh-tumbuhan!

*BABA Inside merupakan standard jaminan (guarantee standard) bagi sayur-sayuran organik, tumbuh-tumbuhan ornamental, baja organik, tanah, pasu buga biodegradable dan produk hijau yang lain. Pensijilan ini memenuhi standard produksi dan identifikasi produk organik.

Untuk keterangan lanjut, sila layari: www.baba.com.my