Menerajui Bersama Indeks Bangunan Hijau (IBH)
 

Seiringan dengan tuntutan kehidupan moden, pereka dan pembina turut sama menyatakan kebimbangan mereka tentang persekitaran melalui gabungan skim penarafan sukarelawan hijau yang diuruskan oleh lembaga arkitek dan jurutera berdaftar. Indeks Bangunan Hijau (IBH) mencatatkan jumlah sebanyak 290 bangunan sehingga Jun 2012 dan sembilan (9) perbandaran didaftarkan untuk pensijilan di seluruh negara.

Menurut Presiden Bahagian Utara Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan juga Ahli Jawatankuasa Penang Green Council (PGC), Encik Lawrence Lim, Pulau Pinang buat masa kini mempunyai 30 bangunan yang memohon untuk pensijilan manakala 10 bangunan lagi tergolong dalam pensijilan sementara (provisionary).

Rainwater harvesting at the Light Linear by IJM
Sistem penuaian air hujan dalam projek IJM

“Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang menggunapakai IBH” beliau menambah.

Antara pembangunan utama yang telah memohon untuk IBH adalah Projek The Light oleh IJM, Setia Greens oleh SP Setia, Brooke Residence dan Hotel Penaga yang merupakan hotel warisan di George Town.

"Walaupun harga premium, semua rumah teres di bawah projek Setia Greens dijual," kata Khoo Teik Chong dengan menunjukkan peningkatan harga kira-kira 10% hingga 15% berbanding dengan bangunan yang disahkan sebagai bukan IBH.

 

Penang Green Council and SP Setia conceptualized sustainable livelihoods through a mock-up house during the Penang Green Expo 2012.
PGC dan SP Setia telah menunjukkan konsep
kehidupan mampan melalui rumah mock-up
semasa Ekspo Hijau 2012.

 

Rumah teres telah dijual antara RM900,000.00 dan RM1 juta apabila ia mula-mula dilancarkan oleh SP Setia dua (2) tahun lalu dan kini bernilai kira-kira RM1.6 juta.

TKhoo yang merupakan Pengurus Besar SP Setia juga memaklumkan bahawa projek sPICE di Bayan Baru juga mematuhi garis panduan IBH.

Reka bentuk seni bina yang mesra alam memaksimumkan penggunaan pengudaraan dan pencahayaan semula jadi bagi menjimatkan penggunaan elektrik sambil meminimumkan kesan alam sekitar. Ciri-cirinya termasuk kelengkapan yang menjimatkan tenaga dan sumber seperti bumbung sejuk, panel tenaga solar, alat (gadgets) kecekapan air, perisian penuaian air hujan dan pengurusan sisa yang betul.

Terdapat empat (4) kategori bagi klasifikasi untuk IBH – Disahkan (Certified), Gangsa (Silver), Emas (Gold) dan Platinum. Penilaian ini bergantung kepada bilangan mata yang diberikan kepada bangunan selepas pemeriksaan. Pemaju juga digalakkan untuk membina bangunan hijau.

“Kami menggalakkan  IBH dengan memberikan insentif. Namun, bagi memperolehi IBH, kos tambahan diperlukan. Oleh itu, pemaju mensasarkan lebih banyak kepada bangunan komersial,” jawab Wong Hon Wai, Exco Perumahan Negeri apabila ditanya sekiranya pemaju flat kos rendah dan kos sederhana rendah akan dikehendaki mendapatkan pensijilan IBH pada masa depan. 

Walau bagaimanapun, Pengurus Besar IJM, Toh Chin Leong berkata insentif yang diberikan kepada rakan-rakan mereka di Singapura adalah lebih menarik iaitu dengan memberikan rebet secara langsung kepada pemaju untuk menggunakan bahan-bahan bangunan hijau seperti kayu yang dibina semula, VOC (volatile organic compound) yang rendah, cat dan kaca khas yang disediakan.

 

Membayar Untuk Menyelamatkan Alam Sekitar

Toh juga menekankan berkenaan keperluan untuk berusaha mengambil langkah bagi mendidik orang awam dalam menyelamatkan alam sekitar.

“Membina bangunan hijau adalah satu perkara, tetapi untuk memelihara bangunan tersebut adalah satu perkara lagi,” beliau berkata dengan merujuk kepada pemilik hartanah yang akhirnya memilih untuk menyimen kompaun mereka untuk lebih banyak ruang letak kereta.

Beliau turut berkata bahawa Kerajaan boleh juga menjadikannya sebagai polisi iaitu menjadikan Bangunan Hijau satu kemestian untuk semua bangunan pada masa depan.

Kewajaran bagi keperluan untuk membayar bagi menyelamatkan alam sekitar adalah amat bercanggah. Walau bagaimanapun, isu hijau adalah topik yang hangat diperkatakan di abad ini. Ia berfungsi sebagai peringatan untuk kita menjaga persekitaran kita dan hidup seharmoni mungkin dengan alam sekitar. Kewujudan bersama dan keseimbangan antara alam semula jadi dan pembangunan adalah satu-satunya cara untuk kehidupan lestari.