FOCUS:Pulau Pinang Lebih Bersih Lebih Hijau Oleh Carolyn Khor
 

  

Pulau Pinang Lebih Bersih Lebih Hijau Oleh Carolyn Khor

Setelah tiga (3) tahun pelaksanaan projek Cleaner Greener Penang, rakyat Pulau Pinang perlu diingatkan kepada Pulau Pinang yang bersih dan hijau.

Melalui inisiatif yang mendapat pengesahan daripada Kerajaan Negeri, Pulau Pinang telah menggunakan slogan “Pulau Pinang Lebih Bersih Lebih Hijau”. Walau bagaimanapun, hal ini telah dipertikaikan oleh seorang suri rumah yang menyatakan “Bagaimana Pulau Pinang boleh menjadi bersih dan hijau sedangkan bukit-bukau telah diterokai, ditarah dan digondol oleh pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab?”

Ida, yang mana suaminya merupakan orang Denmark, membuat perbandingan antara Pulau Pinang dengan Negara Denmark – penduduk di Pulau Pinang tidak mempunyai kesedaran untuk melindungi alam sekitar ataupun mempunyai fahaman untuk menuju ke arah gaya hidup mampan.

Walaupun polisi “Tiada Beg Plastik” telah dilaksanakan sejak dua (2) tahun lepas, masih ramai yang telah terbiasa dengan tabiat lama menggunakan beg plastik. Walaupun bayaran RM0.20 dikenakan bagi setiap beg plastik, namun penguna-pengguna masih sudi membayar bagi penggunaan beg plastik tersebut di mana hanya kesinambungan kecil kepada kempen “Tiada Beg Plastik” untuk mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan menggunakan beg-beg dan bekas-bekas yang boleh dikitar semula.

Lorong Basikal Dalam Kemajuan

Lorong basikal sepanjang 1.2km yang sedia ada di Jalan Tanjung Bungah adalah sebahagian daripada pelan utama untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri mesra-basikal. Namun, lorong basikal berkenaan tidak eksklusif untuk penunggang basikal sahaja, sebaliknya merupakan konsep perkongsian jalan di mana jalan berkenaan akan berpigmen hijau bagi memberikan amaran kepada penunggang motosikal untuk memberikan laluan kepada penunggang basikal.

Lorong basikal eksklusif akan membuat ia lebih selamat kepada penunggang-penunggang basikal.

Idea untuk mengadakan lorong basikal telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2011 dan telah mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Projek laluan basikal di pesisiran pantai yang bernilai RM30 juta sedang dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap tahun depan. Projek laluan basikal sepanjang 12.5km terbentang dari bulatan berdekatan Queensbay Mall terus ke kawasan pesisiran pantai hingga ke George Town.

Buat masa kini, kawasan yang berada di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran adalah diperuntukkan sebagai laluan basikal.

“Walaupun ia melibatkan beberapa isu teknikal, kita berharap akhirnya lorong basikal akan meliputi seluruh kawasan Pulau,” kata Teh Yee Cheu, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah.

Kompos Organik

Kompos organik juga merupakan satu lagi bidang yang sedang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan sisa.

Dalam projek perintis di pasar Bagan Ajam, syarikat yang dilantik oleh Majlis Perbandaran, Shence Greentech Sdn. Bhd., mengutip sisa organik secara harian untuk memproses sisa tersebut kepada baja berguna.

Menurut Phee Boon Poh, Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, terdapatnya pengurangan harian kira-kira 175 tan metrik sisa yang dihantar ke tapak pelupusan Pulau Burung dan ini melibatkan penjimatan sebanyak RM1.4 juta setahun.

“Kita telah menjimatkan sebanyak RM4,000 sehari bagi kos pengangkutan dan penyimpanan, oleh yang demikian ianya boleh digunakan untuk projek-projek komuniti yang bermanfaat,” beliau menambah.

Kupon Letak Kereta

Usaha terkini yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam mempromosikan kehidupan hijau adalah dengan memperkenalkan kupon letak kereta. Namun, ada sesetengah pihak beranggapan bahawa kaedah yang digunakan ini lebih banyak menggunakan kertas daripada kertas salinan karbon tiga lapis yang sedia ada; di mana ianya akan dihentikan secara berperingkat pada bulan Januari 2014.

Rakyat Pulau Pinang berkemungkinan akan memilih satu alternatif lain iaitu membeli pas bulanan yang hanya bernilai RM150 sebulan. Kos kupon letak kereta berkenaan adalah RM0.40 bagi setiap setengah jam dan RM3.00 sehari.

Satu Peringatan Yang Kena Pada Masanya

Apabila gerbang akhir tahun mula menghampiri, adalah baik untuk kita melihat berapa jauhkah kita telah sampai dalam menjadi sebuah negeri yang lebih bersih lebih hijau bagi tempoh tiga (3) tahun lepas? Kurangkan penggunaan, jimat lebih dan sayangi alam sekitar. Itu adalah tanggungjawab kita.

 

Selamat Menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru!