Focus: Satu Nafas Dalam Kehidupan Untuk Kesejahteraan~~ oleh Carolyn Khor
 

  

Satu Nafas Dalam Kehidupan Untuk Kesejahteraan~ Oleh Carolyn Khor

Hampir semua orang mengambil sikap sambil lewa berhubung dengan pernafasan. Dalam kehidupan yang bergerak pantas kini, hampir semua di antara kita tidak mempedulikan tentang pernafasan sehinggalah sesuatu masalah tercetus. The Art of Living merupakan sebuah organisasi NGO (Bukan Organisasi Kerajaan) yang tidak berasaskan keuntungan, bersifat mendidik dan kemanusiaan, menyatakan bahawa bernafas sebagai satu teknik yang diajar untuk hidup bebas stres, bebas keganasan dan membolehkan kita menikmati ketenteraman dalaman.

“Objektif Guruji kami adalah mudah iaitu membolehkan orang senyum dan senantiasa ceria,” kata Sam, 29 tahun, sukarelawan The Art of Living Pulau Pinang.

Sri Sri Ravi Shankar, pengasas organisasi yang dikenali sebagai The Art of Living, mempunyai 152 pusat di seluruh dunia dengan lima pusat di Pulau Pinang. Ianya diasaskan pada tahun 1982. Sri Sri telah dilahirkan pada 13 Mei 1956 dan menetap di India. Baru-baru ini beliau telah Tweets di @srisrispeaks.

Antara kata-kata hikmah Sri Sri adalah:

“Sekiranya terdapat riak pada permukaan tasik, kita tidak dapat melihat kedalamannya. Sama juga dengan sekiranya pemikiran kita tidak tenteram, kita tidak dapat menikmati keharmonian dan perpaduan antara kita”

“Pecahkan semua halangan dan rasakan yang anda dirahmati. Ini merupakan salah satu langkah yang perlu anda ambil. Semua yang lain akan terjadi.”

“Kehidupan mengajar anda seni untuk melepaskan pergi dalam setiap perkara. Bila anda telah belajar untuk melepaskan pergi, anda akan seronok, apabila anda mula menjadi seronok, lebih banyak akan diberikan kepada anda.”

Selain daripada teknik pernafasan, meditasi dan yoga juga ditawarkan di pusat tersebut.

Sam berkata teknik pernafasan diajar di pusat-pusat mereka dan teknik berkenaan dikenali sebagai Sudarshan Kriya, di mana ianya diiktiraf sebagai suatu kaedah yang terbukti dapat mengawal kemarahan, keganasan dan elemen-elemen negatif lain seperti kemurungan dan kebimbangan.

Teknik meditasi yang digunakan ialah Sahaj Samadhi.

Kaedah Sri Sri Yoga yang digunapakai oleh pusat adalah pendekatan bersepadu kepada Yoga dengan menggunakan kombinasi Asana, Pranayama, meditasi, pengetahuan dan perkhidmatan yoga purba. Menurut risalah berkenaan, ia merupakan disiplin berbentuk keagamaan yang membawa kepada penyatuan tubuh dan minda.

Isteri Sam, Angel telah memperkenalkan Sam kepada The Art of Living kira-kira tiga (3) tahun lepas berikutan peningkatan permintaan dalam kehidupan termasuk campur aduk dengan pendidikan, kerjaya dan kehidupan keluarganya. Dengan masalah kekurangan tidur, Sam memutuskan untuk mendapatkan pertolongan. Angel telah diperkenalkan kepada organisasi ini bagi membantunya memperbaiki kesejahteraan umumnya sendiri.

Kedua-dua suami dan isteri telah menemui teknik yang berguna dan amat membantu.

“Dengan hanya satu jam latihan pernafasan Sudarshan Kriya, dapat mengurangkan kemarahan, melegakan kebimbangan, stres dan kemurungan serta menyembuhkan kekecewaan emosi,” kata Sam.

“Ia juga membantu saya melihat sesuatu perkara dengan perspektif yang luas dan sekarang membawa saya kepada gaya hidup yang lebih sihat dan lebih gembira dengan minda yang tenang.”

“Kita semua dalam perjalanan yang sama, cuma berbeza haluan,” kata Sam apabila ditanya tentang bagaimana The Art of Living berbeza daripada semua organisasi yang turut menawarkan penyelesaian kepada bebas stres.

The Art of Living menyalurkan peratusan besar kutipan mereka daripada kursus-kursus, penerbitan The Art of Living penjualan produk Ayurveda bagi membantu penduduk kawasan luar bandar di India dan kawasan lain di dunia dengan projek-projek kemanusiaan seperti konflik resolusi, bantuan bencana dan pembangunan kawasan luar bandar yang mampan, memperkasakan wanita, rehabilitasi banduan, pendidikan dan alam sekitar yang mampan.

Kepada mereka yang berminat untuk memahami The Art of Living, yang mahu menghadiri kursus asas di mana biasanya dikendalikan selama enam (6) hari secara berterusan dari hari Selasa hingg hari Ahad, bagi jangka masa kira-kira 24 jam. Yuran kelas adalah RM350.00 bagi setiap satu kursus untuk dewasa dan RM250.00 bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Sam di talian 016-4841280 atau layari laman web http://www.artofliving.org/my-en.