Focus: Save Energy In Our Daily Life , Understanding Renewable Energy -- By Teng Kok Liang (BM)
 

Focus: Jimat Tenaga dalam Kehidupan, Menggunakan Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Renewable Energy) -- By Teng Kok Liang

Robert Bosch (M) Sdn Bhd berazam untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sebanyak 460 ton setahun dengan pemasangan solar PV system yang terbesar di dunia di kawasan kilangnya yang berlokasi di Bayan Lepas (courtesy of The Star).

Kenderaan yang kita guna dan peralatan isi rumah yang memberikan kita keselamatan, keselesaan dan memudahkan kehidupan kita seharian, kesemuanya menggunakan tenaga.

Dalam kehidupan moden masa kini, minyak kenderaan dan tenaga elektrik merupakan tenaga asas yang mana kita tidak boleh hidup tanpanya. Bagi mendapatkan dan membangunkan tenaga ini telah menjadi industri penting dalam masyarakat hari ini.

Walau bagaimanapun, kita perlu memahami bahawa dalam proses untuk mendapatkan dan membangunkan tenaga ini, terdapat kesan-kesan negatif kepada alam sekitar kita. Bagi mengurangkan risiko ini, teknologi moden dan kaedah yang paling selamat perlu digunakan untuk meminimumkan impak-impak negatif tersebut di samping memenuhi keperluan asas kita.

Tenaga yang boleh diperbaharui memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan mampan serta lestari dan perlindungan alam sekitar. Sumber tenaga boleh diperbaharui adalah seperti tenaga solar, angin, biojisim (biomass) dan tenaga geoterma (geothermal energy). Tenaga lautan dan tenaga hidro boleh memenuhi hampir 80 peratus daripada bekalan tenaga dunia menjelang tahun 2050 sekiranya Kerajaan meneruskan dasar-dasar yang memanfaatkan potensi tenaga-tenaga ini – menurut laporan yang disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Rio+20" adalah nama singkatan bagi Persidangan PBB mengenai Pembangunan Lestari yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil pada Jun 2012 – 20 tahun selepas Sidang Kemuncak Bumi (Earth Summit) di Rio pada tahun 1992. Pada Persidangan "Rio+20", pemimpin-pemimpin dunia, bersama-sama dengan ribuan peserta dari sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kumpulan-kumpulan lain, datang bersama-sama untuk mencari jalan penyelesaian tentang bagaimana kita boleh mengurangkan kemiskinan, memajukan ekuiti sosial dan memastikan perlindungan alam sekitar di planet yang semakin sesak.

Jika anda mendapati 20% daripada penduduk dunia masih dinafikan daripada menggunakan kuasa elektrik; 3 bilion orang masih bergantung kepada balak, arang batu atau arang sebagai sumber tenaga mereka; bekalan, proses, penyampaian dan penggunaan tenaga ini akan menyumbang kepada 60% kesan pemanasan global, perubahan cuaca dan bahaya kepada alam sekitar kita. Ini adalah masanya untuk kita berfikir dengan serius tentang bagaimana untuk menyelamatkan dunia kita!

Sudah tentu kita tidak mengharapkan anda untuk menjadi superman, tetapi penjimatan tenaga adalah apa yang semua orang boleh lakukan. Bermula dari peralatan elektrik rumah, kita boleh memilih produk yang mempunyai standard penjimatan tenaga. Label EU, (www.energy.eu) menyediakan indikasi gred kecekapan tenaga kepada tujuh gred iaitu dari gred A ke G, dengan gred A adalah kecekapan tertinggi dan gred G terendah. Ini dapat membantu pengguna untuk membuat pilihan terbaik mereka.

Cubalah gunakan pengangkutan awam atau kayuh basikal sekiranya jaduan perjalanan anda tidak sibuk, ini akan membantu mengurangkan penggunaan petroleum dan ianya juga baik untuk kesihatan anda. Sekiranya anda berkemampuan, guna kenderaan elektrik Hybrid bagi mengurangkan karbon monoksida.

Sudah tentu, kita tidak boleh secara membuta tuli bergantung pada tenaga yang tidak diminta (unsolicited power). Kini Malaysia telah melancarkan sistem elektrik pengambilalihan (electricity acquisition system) (Tarif Feed-in/ FIT), ini adalah bagi menggalakkan orang ramai menggunakan tenaga yang bersih, mesra alam, pencemaran sifar, tenaga boleh diperbaharui, tenaga-bio, solar, mini-hidro, tenaga biogas untuk memberikan tenaga yang diperlukan, dan baki tenaga juga boleh dijual kepada syarikat tenaga.

Penjimatan tenaga sepatutnya bermula daripada anda dan saya dalam kehidupan kita seharian. Kita mampu membuat alam sekitar kita lebih baik dan melindungi alam sekitar kita daripada ancaman dan penindasan. Kita mesti secara beransur-ansur memulihara dan mengekalkan alam semula jadi untuk generasi kita akan datang.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web berikut:

www.un.org/en/sustainablefuture/ 
SEDA Malaysia:www.seda.gov.my/

Atau menghubungi Peserta Ekspo Hijau Pulau Pinang 2012: Hong Yang Global Enterprise dan G-Solar: 04-3315192