Focus: Tradisi Adalah Peraturan Bukan Bertulis -- by Carolyn Khor
 

Focus: Tradisi Adalah Peraturan Bukan Bertulis -- by Carolyn Khor

Courtesy of http://www.guojiribao.com

Dalam masyarakat yang kaya dengan budaya dan tradisi, Pulau Pinang tidak asing dengan kepercayaan khurafat, kisah orang dulu-dulu dan benda-benda ghaib. Upacara keagamaan atau ritual dilakukan dan kepercayaan ini dipegang teguh dari generasi ke generasi walaupun ada kalanya makna dan niat asalnya telah hilang atau luput.

Sesetengah tradisi telah diserap masuk ke dalam agama dan telahpun dipraktikkan dalam upacara keagamaan. Amalan tradisional seperti mempersembahkan korban, membakar colok besar, 'nota neraka' (‘hell note’) dan patung telah menjadi sebahagian daripada suatu amalan biasa di mana persoalan mengenainya pasti akan menemui tentangan yang hebat.

Sementara semua agama menghormati dan meningkatkan sikap melindungi alam sekitar, masih terdapat keperluan pemahaman yang mendalam terhadap bagaimana sistem ekologi berfungsi. Oleh itu, banyak usaha perlu ditumpukan untuk lebih mempromosikan tentang kesedaran dan program-program yang dapat mencapai masyarakat atau outreach bagi mengukuhkan kepentingan untuk memulihara dan meningkatkan persekitaran semula jadi kita.

“Kita tidak sepatutnya menyekat sesiapa sahaja daripada menyatakan kebebasan mengekspresi agama dan semua orang seharusnya bebas mengamalkan amalan agama masing-masing,” kata Pastor Sam Surendan, Ketua Bahagian Utara, National Evangelical Christian Fellowship (NECF).

Kebebasan beragama dan amalannya telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Artikel 11, di mana dinyatakan bahawa:

(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya;

(4) Undang-undang  Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

Courtesy of 
http://towns-villages.blogspot.com
 

Satu-satunya cara untuk menampung amalan tradisi, menurut Phee Boon Poh adalah melalui nasihat, kesedaran dan pendidikan. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee menyedari bahawa pembakaran terbuka selama ini telah dijalankan secara dua peringkat – komersial dan tradisional.

“Jerami daripada padi yang telah dituai atau sisa-sisa daripada kawasan yang dibersihkan boleh dijadikan produk biodegradable atau reput (decomposed) untuk digunakan sebagai tanah yang berkuali (topsoil),” katanya.

Dengan mengambil contoh program ‘Tiada Beg Plastik’ ('No Plastic Bags'), Phee mendedahkan bahawa program berkenaan adalah 99% berjaya walaupun terdapat bantahan pada mulanya. Pada bulan Mac 1998, Singapura telah memperkenalkan langkah-langkah kawalan bagi penyembahan keagamaan dengan menyediakan setiap rumah pangsa LPP (Lembaga Pembangunan Perumahan) dengan lubang dan bekas untuk tujuan pembakaran.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura juga mencadangkan bahawa orang ramai perlu membersihkan tempat selepas membuat penyembahan. Colok besar yang lebih daripada dua (2) meter panjang dan berdiameter 75mm, tidak seharusnya dibakar dalam lingkungan jarak 30 meter dari mana-mana bangunan dan tidak boleh dibakar melebihi enam (6) batang pada satu-satu masa.

Namun, pemikiran masyarakat kita masih belum bersedia untuk menerima perubahan sedemikian, terutamanya jika melalui kaedah yang terlalu tegas dan melecehkan. Perubahan tersebut memerlukan keazaman dan galakan yang tinggi bagi mendepani kepercayaan yang telah berakar umbi.

Muda-mudi masa kini walau bagaimanapun mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar. Eyes On You merupakan inisiatif Jom Hijau atau Go Green Pandu Puteri bagi menggalakkan 11,000 ahlinya untuk menghantar gambar-gambar bagi pertandingan yang berlangsung dari sekarang hingga bulan Januari 2012. Untuk keterangan lanjut, Pandu Puteri yang berminat boleh melayari laman web: https://s.biziee.com/4g/home/

Semestinya, enam (6) zon yang ditetapkan sebagai ‘Dilarang Merokok’ (‘No Smoking’) di Pulau Pinang merupakan salah satu lagi permulaan yang baik.