Pertandingan Pidato Idola Hijau Pulau Pinang 2018
 

Penang Green Council (PGC) telah menganjurkan Pertandingan Pidato Idola Hijau Pulau Pinang 2018 pada 8hb April 2018, sempena dengan Sambutan Hari Bumi di Sky-TV, Auto-City.

Pertandingan ini merupakan platform bagi generasi muda untuk menyatakan pandangan dan kebimbangan mereka mengenai isu-isu alam sekitar serta bertujuan untuk menyemai nilai-nilai alam sekitar untuk membantu mereka mengembang dan mengamalkan etika dalam penjagaan alam sekitar. Pertandingan ini untuk juga merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar selari dengan visi Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu mewujudkan Pulau Pinang yang lebih Bersih, Hijau, Sihat, Selamat dan Ceria.

“Kita percaya bahawa setiap orang harus meluahkan pendapat mereka tanpa batasan bahasa dan nilai budaya apabila kita bercakap tentang isu-isu yang melibatkan alam sekitar dan  kemampanan,” kata Phee Boon Poh, Naib Pengerusi Penang Green Council semasa ucapan beliau di Majlis Perasmian.

Sebanyak 42 pelajar yang berumur antara 15 dan 17 tahun telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini untuk bersuara demi alam sekitar. Idola Hijau Pulau Pinang buat pertama kali dibahagikan kepada empat kategori, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Semua peserta menyatakan pendapat mereka mengenai topik berkaitan dengan alam sekitar dalam bahasa pilihan mereka untuk memenangi hati panel hakim. Bahagian yang paling mencabar dalam pertandingan ini adalah setiap peserta diberi masa selama 3 minit untuk membuat persediaan tentang topik pidato spontan yang diberikan.

Juara bagi setiap kategori telah dinobatkan sebagai Idola Hijau Pulau Pinang 2018; mereka akan membantu menumpukan usaha serta menyebarkan idea-idea revolusi untuk meningkatkan kesedaran dalam program dan projek PGC untuk tempoh selama satu tahun. Pemenang setiap kategori masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000, RM800 and RM500:

Pemenang

Juara (Idola Hijau Pulau Pinang)

Naib Juara

Tempat Ketiga

Kategori \ Hadiah

RM1,000

RM800

RM500

Bahasa Malaysia

Muhammad ‘Adnin bin Ali Huddin

Anis Nadhira binti Zul Akmal

Nur Yasmin Fariha binti Mohamad Saufi

Bahasa Inggeris

David Adrian a/l Anthony Stephen

Christine Loh Hooi Thing

Yogishwary a/p Navanenthran

Bahasa Cina

Tan Wan Han

Lian Chao Hooi

Teng Jing Cong

Bahasa Tamil

Uthaya Kumar a/l Rajasingam

Sharvini Chandran

Berewise Kumar a/l Selvakkumaran

 


Gambar berkumpulan Kategori A semasa Majlis Penyampaian Sijil Idola Hijau Pulau Pinang 2018.
 
Gambar berkumpulan Kategori B semasa Majlis Penyampaian Sijil Idola Hijau Pulau Pinang 2018.
     

Gambar berkumpulan Kategori C semasa Majlis Penyampaian Sijil Idola Hijau Pulau Pinang 2018.
 
Gambar berkumpulan Kategori D semasa Majlis Penyampaian Sijil Idola Hijau Pulau Pinang 2018.

Panel hakim terdiri daripada sembilan anggota hakim yang merangkumi tiga pensyarah dari Universiti Sains Malaysia, seorang pegawai dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), dua anggota Toastmasters International dan tiga pegawai dari PGC. Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja kami, Idealite, Auto-City serta Auto-City yang memberi peluang untuk menganjurkan pertandingan pidato ini di Sky TV secara percuma. Pertandingan ini  juga dijalankan serentak dengan Grow Community Market, di Shop in d’Park, Auto-City, yang merupakan pasar organik dengan hasil tempatan, kraf dan aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar yang menghubungkan masyarakat setempat dengan pekebun, artis dan pencinta hijau tempatan di satu tempat untuk pemakanan yang lebih segar dan cara hidup yang lebih sihat. Pasar komuniti ini diadakan pada setiap Ahad pagi pada minggu kedua setiap bulan.

Chuah Sue Ann
Pegawai Kanan (Komunikasi)