Syarat-syarat

Sila baca dan memahami syarat-syarat pertandingan kuiz sebelum anda masuki kuiz secara online:
  1. Bayaran penyertaan – PERCUMA.
  2. Setiap peserta HANYA layak memasuki SATU penyertaan sahaja. Penyertaan atas nama pihak ketiga atau pihak lain seperti bagi pihak anak atau kawan TIDAK dibenarkan.
  3. Penghantaran borang pertandingan kuiz melalui pos TIDAK akan diterima.
  4. Pertandingan kuiz ini bermula dari 12hb September 2014 (Hari Jumaat), pukul 12 tengahari. Tarikh akhir adalah 10hb Oktober 2014 (Hari Jumaat) pukul 12pm tengahari.
  5. Setiap peserta mesti menjawab semua soalan dalam masa 30 minit yang ditetapkan. Peserta yang tidak dapat memberi jawapan dalam masa 30 minit akan dibatalkan kelayakan.
  6. Jawapan akan diumumkan selepas 15hb November 2014.
  7. Pihak penganjur akan memilih 100 peserta yang berjaya dari kumpulan sekolah menengah dan sekolah rendah, mereka akan mendapat hadiah misteri daripada Penang Green Council.
  8. Nama 100 Peserta yang berjaya dalam pertandingan kuiz ini akan dipamerkan di dalam laman web.
  9. Sebarang maklumat yang tidak dilengkapi dalam borang penyertaan akan dilucutkan kelayakan dan tidak akan dilayani.
  10. Apa-apa kekeliruan yang timbul berkaitan peraturan-peraturan, Penang Green Council berhak untuk membuat interpretasi muktamad.

Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat diatas, sila buat pilihan anda dibawah: